Books on Wheels Application

a. Ia merupakan perkhidmatan penghantaran buku-buku yang dipinjam terus kepada pengguna. Perkhidmatan ini terbuka untuk kakitangan UPSI sahaja.

b. Hanya buku-buku dalam koleksi terbuka dan berstatus ‘available’ sahaja boleh di buat permohonan untuk peminjaman.

c. Waktu perkhidmatan penyerahan buku adalah pada jam 10.30 pagi dan 3.30 petang (Isnin hingga Jumaat). Buku -buku yang dipohon selepas jam 3.30 petang akan diserahkan pada hari berikutnya manakala bagi hari Jumaat, buku-buku akan diserahkan pada hari Isnin yang berikutnya. Sabtu, Ahad dan cuti umum tiada perkhidmatan.

d. Jumlah buku yang boleh dipinjam tertakluk kepada peraturan jumlah pinjaman yang dibenarkan untuk kakitangan UPSI iaitu berjumlah 20 buku untuk tempoh pinjaman 90 hari bagi kakitangan akademik dan 10 buah buku untuk tempoh pinjaman 14 hari bagi kakitangan bukan akademik .

e. Pemohon perlu menyemak tajuk bahan, nombor panggilan dan status bahan melalui OPAC yang terdapat di laman web perpustakaan (pustaka.upsi.edu.my)

f. Setelah maklumat buku diperolehi, pemohon perlu mengisi borang atas talian yang disediakan.

g. Pihak perpustakaan akan menyemak dan mengesahkan setiap permohonan yang diterima. Pengesahan akan dibuat melalui telefon atau e-mel.

h. Buku-buku yang dipohon akan dihantar oleh kakitangan perpustakaan hanya di bilik kerja kakitangan, pejabat fakulti atau jabatan mengikut masa yang telah ditetapkan.

i. Pengesahan penerimaan dan penghantaran buku perlu dilakukan oleh pemohon atau wakil sewaktu bahan diterima.

j. Perubahan masa dan lokasi serahan serta pembatalan permohonan perlu di buat sebelum waktu serahan asal di lakukan.

k. Buku-buku hanya akan diserahkan kepada pemohon atau wakil yang telah disahkan sahaja.

l. Buku-buku yang tidak dapat diserahkan kepada peminjam akan disimpan oleh pihak perpustakaan dalam tempoh 24 jam dan pengesahan samada buku tersebut masih diperlukan atau tidak perlu di buat dalam tempoh tersebut selepas permohonan. Pengesahan daripada pemohon boleh dibuat melalui telefon dan juga e-mel. Sekiranya tiada maklum balas, buku-buku tersebut akan ditukar status kepada ‘available’ dan boleh dipinjam oleh pengguna lain.

j. Pemohon adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan dan perpustakaan berhak membatalkan permohonan sekiranya didapati terdapat pelanggaran-pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan. Perpustakaan juga berhak meminda syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Pertanyaan dan maklumat lanjut : E-mel (sirkulasi.pustaka@upsi.edu.my, wan_fazli@upsi.edu.my) Tel: 05-4506802/6945 (Wan Mohd Fazli)


Applicant Details
Name*
Mobile*
Email Address*
Staff ID/Matrix Num.*
Delivery Method
Preferred Date
format: dd/mm/yyyy
Preferred Time
Complete Delivery Address :
Item Details
Author*
Title*
Call Num:

[Back to main page]


SiberPROP P2021
PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Versi 1.8.20240126.1015 Direct Code