The Malaysian Arts and Cultural Experince (MAC-X) International Mobility Program
Objektif Program:
1) Meningkatkan Kefahaman Antarabangsa Memberikan peluang kepada pelajar antarabangsa untuk mendalami seni dan budaya Malaysia melalui aktiviti yang interaktif dan pengalaman langsung.
2) Memperkayakan Kepelbagaian Budaya Memupuk pemahaman silang budaya dengan melibatkan pelajar tempatan dan antarabangsa dalam program yang mempromosikan seni muzik dan persembahan tradisional Malaysia.
3) Menggalakkan Penglibatan Global dalam Seni Membina jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan budaya antarabangsa untuk menyokong usaha mempromosikan seni dan budaya Malaysia di peringkat global.
Perincian program:
1. Aktiviti Pembelajaran Seni dan Budaya Kelas Tarian Tradisional: Peserta akan mempelajari tarian tradisional Malaysia seperti Zapin, Joget, atau Tarian Piring bersama tenaga pengajar berpengalaman di UPSI. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada teknik asas, makna budaya, dan sejarah tarian tersebut. Sesi Pembelajaran Muzik Gamelan: Peserta akan didedahkan kepada muzik gamelan tradisional melalui sesi praktikal. Aktiviti ini melibatkan pengenalan kepada alat muzik gamelan seperti gong, gambang, dan saron, serta memainkan lagu-lagu tradisional.
2. Aktiviti Rekreasi di Kampus UPSI Lawatan ke Sport City UPSI: Peserta akan melawat kemudahan sukan moden UPSI, termasuk padang, kolam renang, dan gimnasium. Aktiviti sukan ringan turut disediakan untuk memupuk semangat kerja berpasukan. Kunjungan ke Team ParkUPSI: Peserta akan menikmati pengalaman santai di Team Park UPSI, dengan aktiviti luar yang menyeronokkan seperti permainan interaktif dan cabaran kumpulan.
Lawatan Budaya dan Pelancongan Jalan-jalan ke KLCC: Lawatan ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) untuk melihat ikon Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas dan menikmati pemandangan bandar moden. Peserta juga berpeluang membeli cenderamata di Suria KLCC.
Lawatan ke Melaka: Eksplorasi bandar bersejarah Melaka, tapak Warisan Dunia UNESCO. Aktiviti termasuk melawat A Famosa, Stadthuys, dan Jonker Street sambil mempelajari sejarah penjajahan dan budaya unik Melaka.





