Tadah Selatan Building
Tadah Selatan Building has three porches which are Anjung Tun Perak, Anjung Tun Seri Lanang and Anjung Hang Tuah. This building was built a little later compared to the Suluh Budiman Building, which was after the Tadah Utara dormitory was completed. This building is also used as a dormitory for students that can accommodate 60 to 70 people at a time. This building was completed in 1930. It has three branches that house Dormitory D, Dormitory E and Dormitory F. In this building there is also a foyer called perseria. Each room can accommodate approximately 30 students. In each room there is a room for the leader (front part) and assistant leader (middle part of the room). In the early 1940s, the names of the rooms were changed, Dormitory D to Tun Perak, Dormitory E to Tun Seri Lanang and Dormitory F to Hang Tuah. The Tadah Selatan Building is now included in the “Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Historical Heritage Route”.
Bangunan Tadah Selatan mempunyai tiga anjung iaitu Anjung Tun Perak, Anjung Tun Seri Lanang dan Anjung Hang Tuah. Bangunan ini dibina lewat sedikit berbanding Bangunan Suluh Budiman iaitu selepas asrama Tadah Utara siap. Bangunan ini juga digunakan sebagai asrama pelajar yang boleh memuatkan 60 hingga 70 orang pada satu-satu masa. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1930. Ia mempunyai tiga cawangan yang menempatkan Asrama D, Asrama E dan Asrama F. Di dalam bangunan ini juga terdapat ruang legar yang dipanggil perseria. Setiap bilik boleh memuatkan lebih kurang 30 orang pelajar. Di setiap bilik terdapat bilik untuk ketua (bahagian hadapan) dan penolong ketua (bahagian tengah bilik). Pada awal 1940-an, nama bilik telah ditukar, Asrama D kepada Tun Perak, Asrama E kepada Tun Seri Lanang dan Asrama F kepada Hang Tuah. Bangunan Tadah Selatan kini termasuk dalam “Laluan Warisan Sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)”.








