Tadah Utara Building

History of Tadah Utara Building

The Tadah Utara building has three porches which are the Anjung Bendahara Seri Maharaja, Anjung Pateh Gajah Mada and Anjung Munsyi Abdullah. This building was built together with the Suluh Budiman Building in 1919 and completed in June 1922. It was used as a dormitory for SITC students. The design is geometric or a three-pronged building that houses Dormitory A, Dormitory B and Dormitory C. The shape of this building is called ‘nursing elephant’ because it is triangular and connected to each other. In this building there is also a foyer called perseria. Each room can accommodate approximately 30 students. In each room there is a room for the leader (front part) and assistant leader (middle part of the room). At the beginning of 1940, the names of the rooms were changed, namely Dormitory A was changed to Bendahara Seri Maharaja, Dormitory B to Patih Gajah Mada and Dormitory C to Munsyi Abdullah. Now this building is used as lecture rooms for UPSI students. The Tadah Utara Building is now included in the “Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Historical Heritage Route”.

Bangunan Tadah Utara mempunyai tiga anjung iaitu Anjung Bendahara Seri Maharaja, Anjung Pateh Gajah Mada dan Anjung Munsyi Abdullah. Bangunan ini dibina bersama-sama dengan Bangunan Suluh Budiman pada tahun 1919 dan siap pada Jun 1922. Ia digunakan sebagai asrama pelajar SITC. Reka bentuknya berbentuk geometri atau bangunan serampang tiga yang menempatkan Asrama A, Asrama B dan Asrama C. Bentuk bangunan ini dinamakan ‘gajah menyusu’ kerana ia berbentuk segi tiga dan bersambung antara satu sama lain. Di dalam bangunan ini juga terdapat ruang legar yang dipanggil perseria. Setiap bilik boleh memuatkan lebih kurang 30 orang pelajar. Di setiap bilik terdapat bilik untuk ketua (bahagian hadapan) dan penolong ketua (bahagian tengah bilik). Pada awal tahun 1940, nama bilik telah ditukar iaitu Asrama A ditukar kepada Bendahara Seri Maharaja, Asrama B kepada Patih Gajah Mada dan Asrama C kepada Munsyi Abdullah. Kini bangunan ini digunakan sebagai bilik kuliah pelajar UPSI. Bangunan Tadah Utara kini termasuk dalam “Laluan Warisan Sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)”.