Inisiatif Sumber Terbuka

Pustaka VRS

vrs

Pustaka Vendor Rating System (VRS) dibangunkan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun sebagai peralihan penilaian prestasi pembekal daripada bercetak kepada pengiraan secara automatik melalui sistem atas talian. Pustaka VRS secara automatik akan menyimpan, menganalisa dan melindungi kesemua penilaian data yang telah dibuat untuk rujukan di masa akan datang.

Keperluan sistem : PHP 5.3 – 5.6, MySQL 5.x, mPDF 5.4 (included), JPGraph 3.5.0 (termasuk)
Fail untuk dipasang : [Klik Sini]

Untuk memastikan sistem berfungsi, sila edit fail php.ini dan pastikan untuk cari dan set pembolehubah berikut:

error_reporting = E_ALL & ~E_NOTICE & ~E_WARNING & ~E_DEPRECATED

dan

display_errors = Off

Restart Apache/Web Server/HTTPD.


Vital

vital

Vital adalah kod nama sistem berpusat yang digunakan untuk:

  • Permohonan penyelenggaraan
  • Pinjaman bahan
  • Permohonan toner/peralatan
  • Tempahan bilik

Di Perpustakaan Tuanku Bainun, Vital digunakan untuk memudahkan pengurusan unit IT melaksanakan tugasan harian. Laporan akan secara automatik dihasilkan oleh sistem terdiri daripada pelbagai tapisan.

Keperluan sistem : PHP 5.3 – 5.6, MySQL 5.x, mPDF 5.2 (termasuk)
Fail untuk dipasang : [Klik Sini]
Dokumentasi Penjenamaan : [Klik Sini]


Pustaka i-Media

imedia

Pustaka i-Media adalah usaha terbaru kami untuk mempromosikan koleksi media kami kepada pelanggan. Ia merupakan pengurus indek Youtube yang berkuasa berserta satu antara muka pengguna. Ianya mampu menguruskan tempahan, trailer/teaser dan komen pengguna untuk semua item. Ia juga mempunyai enjin carian yang dapat memudahkan pengguna mendapatkan bahan yang diperlukan.

Keperluan sistem : PHP 5.3 – 5.6, MySQL 5.x, PHPMailer 5.2.4 (termasuk)
Fail untuk dipasang : [Klik Sini]