Page 11 - Buletin Jun 2016
P. 11
Muka surat 11 INFO@PUSTAKA
Tribute Perpisahan Puan Paridah bt Elias
Seperti putaran bumi, perjalanan masa dari gelap kepada cerah, seperti siang yang panas
dikejutkan dengan guruh untuk pelangi nan indah…begitu jua kami yang masih di sini..
Kini menyedari, hari ini hari terakhirmu bersama kami. Cepat sungguh masa berlalu,
semalam rasanya baru kenal, hari ini baru nak mesra, esok dah nak berpisah .. Paridah bt
Elias, sewaktu-waktu yang lalu, terasa indah bersamamu.
Paridah bt Elias, suatu ketika dahulu….kita mula bertemu dan lama kita saling bertamu.
Paridah bt Elias, terzahir pertemuan kita di daerah ini, tidak menyangka terjalin
silaturrahim.. Ada yang sampai ke lubuk hati, ada jua sekadar rakan sekerja… manusia
sememangnya tidak sama, dalam mengumpul khazanah dunia berupa sahabat. Teman
yang baik sukar dicari, lebih sukar untuk ditinggalkan, malah mustahil untuk dilupakan.
Setiap kekurangan, terselit kelebihan…
Paridah bt Elias, terzahir kekuranganmu, kelemahan kami yang seharusnya dibaiki. Namun sepanjang
mengenalimu dalam pelbagai dimensi, tuan melengkapkan organisasi ini. Dalam bekerja, tuan akur dengan masa
yang melihat kita. Dalam berkawan, tuan senang mencari keserasian. Dalam berjanji, tuan seorang yang sukar
memungkiri. Dalam beridea, tuan selalu meluahkan kata. Dalam berbicara, tuan menyelit alasan rasional.
Dalam berduka, tuan tak lupa menzahirkan rasa. Dalam bergurau, tuan sering memeriahkan suasana. Dalam
berjemaah, tuan akan mengikut serta. Dalam bertandang, tuan sering mengambil bahagian. Dalam bermuafakat,
tuan mencari kalimah berkat. Dalam bersusah, tuan akur bersama-sama. Dalam berusaha, tuan akan mencari
masa. Dalam mengajar, tuan sedia menunjuk ajar. Dalam berbudi, tuan luhur memberi….
Kami masih menghitung waktu, biarpun telah pasti datang janji perpisahan…takdirpun memutuskan, pertemuan
kita tidak panjang, tuan akan pergi ke daerah pengalaman baharu, sedang kami akan masih di sini, meneruskan
perjuangan. …
Sudah menjadi wasiat hidup, milik kita adalah kehilangan…tuan pergi meninggalkan kami, yang berbekas
hanyalah kenangan. Pasti….memori terindah yang tak akan pernah luput daripada ingatan. Yang patah pastikan
tumbuh, yang hilang pastikan berganti…. Namun tak akan ada pengganti sepertimu..
Selamat jalan, sahabatku….. Paridah bt Elias.
Nukilan : Noriha Muhammad
Librarians’ Nite 2016
Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah mengadakan sambutan Hari Pustakawan pada 16 April
2016 bertempat di Kelab Shah Alam Selangor. Majlis yang bertemakan warna hijau ini telah dihadiri
oleh Ketua Pustakawan, Puan Rusliza binti Yaacob serta pustakawan PTB.