Page 19 - Buletin Disember 2016
P. 19
Julai-Disember 2016 Muka surat 19
KELAB SAHABAT: SEMAI KASIH BERSAMA ANAK YATIM
Kegembiraan 40 peserta anak-anak yatim apabila
sampai di UPSI
Lawatan ke perpustakaan
Sesi lawatan ke Muzium UPSI
Teruja adik-adik apabila dibawa melawat ke
arena UPSI
Pada 31hb. Mei 2016, Kelab Sahabat Perpustakaan, Perpustakaan Tuanku Bainun telah
menjemput seramai 40 orang anak-anak yatim daripada Rumah Amal Budi Bistari,
Rawang, Selangor untuk memperkenalkan golongan anak yatim ini kepada kehidupan
di universiti dan mendorong minat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.
Program ”Semai Kasih bersama-sama Anak Yatim” ini juga bertujuan memperkenalkan
sendiri mahasiswa kepada anak-anak yatim untuk berkongsi kasih. Program ini penting
dilaksanakan dalam memberi impak dan kesan positif kepada jati diri mahasiswa.