Page 2 - Buletin Jun 2017
P. 2

Muka surat 2                                                                            INFO@PUSTAKA


                            Dari Meja Ketua Pustakawan

               Bismillahirrahmanirrahim.

               Alhamdulillah  syukur  ke  hadrat  Allah  s.w.t.  dengan  limpah  kurniaNya  kita  bersua
               kembali dalam Info@Pustaka edisi Januari-Jun 2017.

                      Keluaran tahun ini lebih meriah dengan pelbagai acara dan program yang telah
               berlangsung  dengan  jayanya  pada  separuh  tahun  pertama  ini.  Saya  merakamkan
               setinggi-tinggi  tahniah  kepada  semua  kakitangan  yang  telah  berusaha  bersungguh-
               sungguh dalam merealisasikan peranan perpustakaan dalam menyebarkan ilmu dan
               maklumat kepada masyarakat universiti malah melangkaui masyarakat awam sekitar.

                      Sehingga  kini,  perpustakaan  menjadi  tumpuan  dan  tempat  rujukan  kepada  seluruh  warga
               Tanjong Malim tanpa mengira usia dan kerjaya. Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang
               sekali  lagi  menjulang  nama  Perpustakaan  Tuanku  Bainun  dengan  membawa  pulang  pingat  emas
               dalam  Konvensyen  Mini  Team  Excellence  2017  Wilayah  Utara  di  Hotel  Ixora  Seberang  Jaya,  Pulau
               Pinang.  Saya  juga  merakamkan  penghargaan  dan  terima  kasih  kepada  pelajar-pelajar  Fakulti  Seni
               Komputeran dan Industri kreatif yang menyumbangkan hasil karya projek tahun akhir, Ijazah Sarjana
               Muda  Pendidikan  Seni  2017  untuk  dipamerkan  dalam  perpustakaan.  Suasana  dalam  perpustakaan
               semakin ceria dengan pameran seni ini.

               Jumpa lagi pada keluaran akan datang!

               Rusliza Yaaacob


                            Dari Meja Ketua Pengarang

               Bismillahirrahmanirrahim

               Salam tahun baru 2017 kepada semua pembaca dan pengguna perpustakaan.

                      Khalayak  ramai  sedang  memperkatakan  mengenai  Industri  4.0  atau  Revolusi
               Industri 4.0. Selepas Revolusi Industri 1.0, 2.0 dan 3.0, kini muncul yang ke 4.0 yang
               memberi  tumpuan  kepada  'Internet  of  things',  'big  data','cloud  computing'  dan  'data
               security'.
                      Maka peranan perpustakaan juga berubah dalam memberi perkhidmatan dan
               kemudahan  kepada  pengguna.  Langganan  bahan  perpustakaan  secara  elektronik
               akan  mengatasi  bahan  bercetak  dan  langganan  jurnal  akan  datang  lebih  berkonsepkan  'cloud
               subscription'.  Pinjaman  dan  pemulangan  buku  juga  akan  berlaku  secara  'cloud  borrowing  and
               returning  of  e-books'  dengan  mengambil  kira  tempoh  pinjaman  dan  keselamatan  data  buku  serta
               data pengguna.
                      Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat
               berbentuk  'Pinterest'  lebih  digemari.  Benarlah  pepatah  Inggeris  yang  mengatakan  'a  picture
               represents  a  thousand  words'.  Info@pustaka  menyajikan  bahan  berita  bergambar  untuk  tatapan
               semua  pembaca.  Beberapa  aktiviti  menarik  telah  diadakan  seperti   menyantuni  anak  pelarian
               Rohingya,  bengkel  bibliometrik  dan  bengkel  pengurusan  data,  serta  promosi  berterusan  ‘library
               roadtour’ dan koleksi sumber media.
                      Perpustakaan  juga  menyebarkan  berita  secara  elektronik  yang  boleh  dilayari  dalam  laman
               web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan. Semoga ia menepati  cita rasa pembaca masa kini
               untuk mendapat sedikit tambahan ilmu dan pengetahuan.

               Salam hormat dan bertemu lagi dalam isu akan datang.


               Siti Sumaizan Ramli
   1   2   3   4   5   6   7