Page 8 - Buletin Jun 2017
P. 8

Muka surat 8                                                                            INFO@PUSTAKA

                               BENGKEL BIBLIOMETRIK PENERBITAN PENYELIDIKAN
                               PASCASISWAZAH FAKULTI PENGURUSAN EKONOMI
                                                         SIRI 1/2017













































         Pada  19  Mei  2017,  Bahagian  Perkhidmatan  Sokongan  Akademik  &  Seranta  melalui  Unit
         Rujukan  dan  Perundingan  telah  mengadakan  satu  Bengkel  Bibliometrik  Penerbitan
         Penyelidikan  Pascasiswazah  dengan  kerjasama  Persatuan  Pascasiswazah  Fakulti
         Pengurusan  Ekonomi  yang  bertempat  di  Bilik  Seminar  Blok  10  Aras  3,  Fakulti  Pengurusan
         Ekonomi.  Encik  Nurul  Kashfi  bin  Subri,  Pustakawan  Kanan  PTB  merupakan  individu  yang
         menguruskan  data  penerbitan  universiti  dan  mempunyai  pengalaman  dalam  bidang
         bibliometrik  penerbitan  telah  berkongsi  ilmu  dan  pengetahuan  dalam  bengkel  yang
         dianjurkan ini.
         Bengkel ini dijalankan sebanyak dua sesi iaitu sesi pagi yang dihadiri oleh pensyarah Fakulti
         Pengurusan  Ekonomi  dan  sesi  petang  dihadiri  oleh  pelajar  pascasiswazah.  Matlamat
         bengkel  ini  adalah  untuk  memupuk  budaya  penyelidikan  dan  penerbitan  di  kalangan
         pelajar  dan  pensyarah,  serta  memberi  pendedahan  kepentingan  sesebuah  penerbitan
         ilmiah  kepada  universiti.  Bibliometrik  adalah  indikator  dalam  penyediaan  penerbitan
         penyelidikan  yang  berkualiti.  Selain  itu,  ia  menjadikan  perpustakaan  sebagai  pakar  rujuk
         dalam membantu pelajar dan pensyarah bagi penghasilan penyelidikan dan penerbitan.

         Disediakan oleh:
         En. Nurul Kashfi Bin Subri
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13