Page 19 - Buletin Disember 2017
P. 19
Muka surat 19 INFO@PUSTAKA
TADIKA KEMAS DAN HARI TERBUKA MEDIA
28 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun menerima lawatan daripada pelajar
Tabika KEMAS Daerah Muallim seramai 45 orang termasuk guru pengiring dan ibubapa
pelajar. Lawatan ini bersempena dengan program Hari Terbuka Unit Serial Media. Pelbagai
aktiviti telah dijalankan untuk menghiburkan kanak-kanak ini. Antaranya menari dan
menyanyi bersama maskot perpustakaan Dr. Hoothoot, membuat kraf topeng muka
watak Baby Shark dan menari lagu kanak-kanak Baby Shark yang popular itu serta
menonton filem yang disediakan oleh Unit Sumber Media di Auditorium PTB yang telah
dijadikan mini pawagam.
Dr. Hoothoot menyambut kedatangan anak-
anak dari Tabika KEMAS
Menari dan menyanyi bersama di Bilik Semi-
nar PTB, Aras 4
Dr. Hoothoot turut beraksi menghiburkan anak- Memakai topeng Baby Shark yang telah dibuat
anak sendiri oleh mereka