Page 2 - Buletin Dis 2012_2
P. 2

info@pustaka        Dari Meja Ketua Pustakawan

                                             Assalamualaikum  wbt. dan  Salam Sejahtera
                                                  Saya bersyukur ke hadrat Allah swt. kerana dengan izin dan hidayahNya kita
                                             dapat bertemu lagi dalam keluaran Info@Pustaka  keluaran ke-15  pada akhir
                                             Disember tahun 2012.
                                             Buletin ini menjadi sumber maklumat tambahan kepada semua kakitangan UPSI
                                             dan  pengunjung    luar    dalam  perkongsian  ilmu  mengenai  perkhidmatan,
                                             kemudahan dan    aktiviti Perpustakaan Tuanku Bainun.
                             Saya sering menegaskan bahawa membaca perlu menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan
                             kita      seharian. Manusia yang membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan, daya berfikir
                             dan boleh       membuat keputusan yang bijak serta lebih bersifat kreatif dan   inovatif. Membaca
                             perlu diasuh dari zaman kanak-kanak sehinggalah memasuki  alam   persekolahan dan universiti,
                             dalam pekerjaan dan sepanjang masa.  Kerajaan juga menekankan pembelajaran sepanjang hayat
                             untuk seluruh rakyat      Malaysia  supaya menjadi lebih berilmu dan bertamaddun. Malaysia akan
                             menjadi bertambah maju dan makmur apabila rakyatnya mempunyai  ilmu dan beramal dengan
                             ilmunya dalam semua situasi untuk menuju ke arah jalan yang baik dan diberkati Allah.
                             Saya  ingin  mengucapkan  terima  kasih  dan  penghargaan  kepada  warga  Perpustakaan  Tuanku
                             Bainun    terutamanya    sidang  redaksi  yang    bertungkus    lumus  menjayakan  buletin  ini    dalam
                             kesibukan menjalankan tugas untuk  memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Semoga
                             usaha murni  ini memberi banyak manfaat kepada pelanggan perpustakaan dan semua pembaca.


                             Dari Meja Ketua Pengarang
         “The purpose of
                                             Bismillahirrahmanirrahim
         a business is to                         Salam  sejahtera  dan  bertemu  lagi  dalam  Info@Pustaka  yang  mengakhiri

                                             tahun  2012.  Keluaran  buletin  secara  atas  talian  ini  menjadi    kesinambungan
         create and keep                     kepada  perkongsian  ilmu  kepada  semua  pembaca.    Kami  mengharapkan
                                             pembaca  akan  sentiasa  meneliti  portal  perpustakaan  di      http://
         customers”                          pustaka.upsi.edu.my.

                                             Buletin kali ini memaparkan artikel  program wacana ilmu dan Pesta Buku serta
         -Theodore Levitt
                             pelbagai  aktiviti  menarik  yang  dilaksanakan  sepanjang  Jun-Disember  2012.  Gambar-gambar
                             memenuhi banyak ruangan agar dapat menarik minat dan penghayatan pembaca, warga universiti
                             dan komuniti.
                             Kumpulan  Inovatif  dan  Kreatif  (KIK)  perpustakaan  sangat  menonjol  pada  tahun  ini  dengan
                             kemenangan dalam konvensyen.  Kumpulan Kaizen memenangi tempat ketiga dalam Konvensyen
                             KIK Perkhidmatan Awam  Peringkat Negeri Perak manakala Iqra’ memenangi hadiah pertama
                             dalam Konvensyen KIK     peringkat UPSI. Kejayaan ini menjadi  kenangan manis kepada semua
                             kakitangan perpustakaan dan mendorong semangat kekitaan dan kerjasama yang lebih     mantap.

                             Semoga kita akan bertemu lagi di keluaran akan datang. Salam hormat dan selamat membaca!


                               SESI PENDIDIKAN PENGGUNA BANTU PELAJAR MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN
                                                      PERKHIDMATAN DI PERPUSTAKAAN

                             Sesi Pendidikan Pengguna(SPP) diadakan untuk semua warga UPSI. Objektif  utamanya memberi
                             pendedahan dan tunjuk ajar tentang perkhidmatan di perpustakaan, seperti penggunaan OPAC,
                             Pustaka Knowledge Portal dan e-jurnal. Bagi kemasukan pelajar baru pada September 2012, sesi
                             ini telah     dijalankan dari 18 September hingga 5 Oktober 2012. Seramai 432 orang pelajar
                             mengikuti  SPP  dalam  34  sesi.  Fasilitator  terdiri  daripada  Pustakawan,  Penolong  Pegawai
                             Perpustakaan dan Pembantu       Perpustakaan Kanan, Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan
                             Maklumat. Peserta boleh memuat turun nota melalui Pustaka Knowledge Portal untuk rujukan.
         2
   1   2   3   4   5   6   7