Page 11 - Buletin Jun 2016_2
P. 11

Muka surat 11                                                                      INFO@PUSTAKA
                                  Tribute Perpisahan Puan Paridah bt Elias



                             Seperti putaran bumi, perjalanan masa dari gelap kepada cerah, seperti siang yang panas
                             dikejutkan dengan guruh untuk pelangi nan indah…begitu jua kami yang masih di sini..
                             Kini menyedari, hari ini hari terakhirmu bersama kami. Cepat sungguh masa berlalu,
                             semalam rasanya baru kenal, hari ini baru nak mesra, esok dah nak berpisah .. Paridah bt
                             Elias, sewaktu-waktu yang lalu, terasa indah bersamamu.

                             Paridah bt Elias, suatu ketika dahulu….kita mula bertemu dan lama kita saling bertamu.
                             Paridah bt Elias, terzahir pertemuan kita di daerah ini, tidak menyangka terjalin
                             silaturrahim.. Ada yang sampai ke lubuk hati, ada jua sekadar rakan sekerja… manusia
                             sememangnya tidak sama, dalam mengumpul khazanah dunia berupa sahabat. Teman
                             yang baik sukar dicari, lebih sukar untuk ditinggalkan, malah mustahil untuk dilupakan.
          Setiap kekurangan, terselit kelebihan…

          Paridah bt Elias, terzahir kekuranganmu, kelemahan kami yang seharusnya dibaiki. Namun sepanjang
          mengenalimu dalam pelbagai dimensi, tuan melengkapkan organisasi ini. Dalam bekerja, tuan akur dengan masa
          yang melihat kita.  Dalam berkawan, tuan senang mencari keserasian. Dalam berjanji, tuan seorang yang sukar
          memungkiri. Dalam  beridea, tuan  selalu meluahkan kata. Dalam berbicara, tuan menyelit  alasan rasional.
          Dalam berduka, tuan tak lupa menzahirkan rasa. Dalam bergurau, tuan sering memeriahkan suasana. Dalam
          berjemaah, tuan akan mengikut serta. Dalam bertandang, tuan sering mengambil bahagian. Dalam bermuafakat,
          tuan mencari kalimah berkat. Dalam bersusah, tuan akur bersama-sama. Dalam berusaha, tuan akan mencari
          masa.  Dalam mengajar, tuan sedia menunjuk ajar.  Dalam berbudi, tuan luhur memberi….

          Kami masih menghitung waktu, biarpun telah pasti datang janji perpisahan…takdirpun memutuskan, pertemuan
          kita tidak panjang, tuan akan pergi ke daerah pengalaman baharu, sedang kami akan masih di sini, meneruskan
          perjuangan. …
          Sudah menjadi wasiat hidup, milik kita adalah kehilangan…tuan pergi meninggalkan kami, yang berbekas
          hanyalah kenangan. Pasti….memori terindah yang tak akan pernah luput daripada ingatan. Yang patah pastikan
          tumbuh, yang hilang pastikan berganti…. Namun tak akan ada pengganti sepertimu..

          Selamat jalan, sahabatku….. Paridah bt Elias.

          Nukilan : Noriha Muhammad



                                              Librarians’ Nite 2016

























            Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah mengadakan sambutan Hari Pustakawan  pada 16 April
           2016 bertempat di Kelab Shah Alam Selangor. Majlis yang bertemakan warna hijau ini telah dihadiri
                        oleh Ketua Pustakawan, Puan Rusliza binti Yaacob serta pustakawan PTB.
   6   7   8   9   10   11   12