Page 14 - Buletin Ogos 2009
P. 14

Unit  Sumber  Media  menawarkan  perkhidmatan
         rujukan  serta  pinjaman  bagi  pelbagai  bahan
         koleksi sumber media yang terdiri daripada DVD,
         VCD,  pita  video,  kaset,  disket,  kit  dan  bahan
         CD-ROM. Sehingga Ogos 2009, koleksi sumber
         media  berjumlah  7,449  judul  /  10,917  naskhah.
         Bahan  ini  boleh  diperolehi  menerusi  kaunter
         sumber      media  yang  terletak  di  aras  4
         perpustakaan.

         Untuk  kemudahan  pelanggan,  peralatan  yang
         lengkap  turut  disediakan  bagi  memudahkan
         rujukan  kepada  bahan-bahan  sumber  media.
         Selain itu juga, bagi pelanggan yang menghadapi
         kekangan  masa,      tempoh  pinjaman  selama  tiga
         hari  bagi  2  naskhah  bahan  sumber  media
         dibenarkan.



         Unit  Sumber  Media  bukan  hanya  menawarkan
         bahan  sumber  media  berkaitan  dengan  program
         pengajian,  malah  turut  menyediakan  koleksi

         terbaik  filem  yang  telah  memenangi  anugerah
         bagi  mewujudkan  suasana  santai  kepada  para
         pelanggannya. Dalam masa yang sama juga, Unit

         Sumber          Media         turut       menawarkan
         perkhidmatan  mendengar  radio  dengan    saluran
         yang boleh dipilih oleh pelanggan sendiri.























                                                                                 Oleh : Muliati Abdul Samad
                                                                                 Email : muliati@upsi.edu.my

                                                                                                                14
   9   10   11   12   13   14