Latar Belakang Galeri Muallim

Galeri Muallim yang bertempat di Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah dibangunkan pada 13 Oktober 2021. Ia berfungsi sebagai sebuah pusat rujukan setempat (one stop center) mengenai segala aspek daerah Muallim merangkumi sejarah Tanjong Malim, Slim River, SITC- MPSI- IPSI- UPSI, tokoh-tokoh,
tempat-tempat bersejarah, zaman darurat, perang dunia kedua dan pembangunan terkini daerah Muallim.

Pihak perpustakaan telah menjalankan penyelidikan dengan merujuk pelbagai bahan rujukan, menemu ramah penduduk setempat dan tokoh- tokoh SITC- MPSI- IPSI- UPSI. Skop bahan galeri ini meliputi
foto, rakaman video, artifak, keratan akhbar, buku, jurnal dan majalah yang akan menjadi rujukan kepada pengunjung dan penyelidik.

Pihak Galeri Muallim juga turut membangunkan sebuah hub bahan rujukan berkenaan dengan daerah Muallim.

Perpustakaan Tuanku Bainun

Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah nadi rujukan pengajaran dan pembelajaran warga UPSI. Terletak di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Perpustakaan Tuanku Bainun kini mempunyai lebih 350,000 bahan rujukan bercetak dan lebih 4 juta bahan rujukan dalam talian sedia dirujuk.

Galeri Muallim

Pertanyaan ?

Hubungi kami di pustaka@upsi.edu.my atau layari laman web utama kami di https://pustaka.upsi.edu.my Kami sedia membantu anda.