Page 11 - Buletin Jun 2012
P. 11

INFO@PUSTAKA                                                           M/Surat 11

                                     LAPORAN PPM-LAS JOINT  CONFERENCE 2012, 15-16 MAC 2012
                                     HOTEL MAHKOTA, MELAKA
                                     Oleh: Noriha Muhammad


           Seminar ini dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia dengan kerjasama Universiti Multimedia (MMU) dan
           Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM). Tema yang dipilih adalah “Sharing Best Practices”.
           Tujuan diadakan seminar ini adalah untuk :-

                 Berkongsi amalan terbaik antara kedua negara dalam bidang kepustakawanan
                 Menjalinkan semula hubungan persatuan  antara dua negara iaitu Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)
                   dan Persatuan Perpustakaan  Singapura (LAS) yang pernah terjalin
                 Mewujudkan satu platform baharu supaya peluang menjalinkan hubungan dapat diteruskan oleh generasi
                   muda

           Dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sharif  bin Mohd  Saad, iaitu Yang DiPertua PPM (Malaysia) dan Mr. Gene Tan,
           Presiden LAS (Singapura).
           Sesi  perkongsian maklumat telah dibentangkan oleh mereka yang berkalibar dalam dunia kepustakawanan iaitu
           Puan Rashidah Begum Fazal Mohamed (Kolej Disted, Penang) dari PPM dan Mr. Choy Fatt Cheong ( Nanyang
           Technological University, Singapura) dari LAS  dengan mengenang kembali hubungan PPM-LAS dan mengimbau
           sejarah penubuhan persatuan yang ada pada hari ini.
           En. Nurhazman bin Abdul Aziz,  Pustakawan Bahagian Teknologi dan Sistem, Universiti Nanyang Teknologi, me-
           wakili   LAS  telah berkongsi maklumat  berupa inovasi yang telah dilaksanakan iaitu “Bibliographic paradigm and
           the digital information resources”.
           Dr. Noor Harun bin Abdul Karim mewakili PPM telah membentangkan kepentingan penyelidikan kuantitatif kepada
           pustakawan dan keperluan mengendalikannya dalam pembentangannya yang bertajuk  A quantitative  approach
           to empirical studies in LIS.
           Pembentangan diteruskan oleh dua orang tokoh hebat dalam bidang kepustakawan iaitu Mr. Choy Fatt Cheong
           (President LAS pada tahun 1997)  dengan tajuk   Achieving career excellence in librarianship dan Y. Bhg. Dato’ Dr.
           Zaiton Osman dari PPM dengan tajuk  Librarianship as an accredited profession.
           Pengisian seminar persatuan antara dua negara ini diserikan lagi dengan “networking dinner ,menyusuri sungai
           Melaka, lawatan ke Perpustakaan Digital Tun Dr. Siti Hasmah di Universiti Multimedia, Perlawanan Persahabatan
           Bowling antara dua persatuan dan berakhir dengan lawatan Bandar di Kompleks Sejarah Banda Hilir, Kampung
           Morten, Kampung Portugis dan Jonker Walk.

                                              SELAMAT BERTUGAS


         Perpustakaan Tuanku Bainun mengalu-alukan selamat datang dan selamat bertugas kepada saudara Muhammad

         Mukris bin Muslim, Pembantu Am Pejabat. Semoga ceria bekerja bersama kami .
   6   7   8   9   10   11   12