Page 6 - Buletin Jun 2012
P. 6
INFO@PUSTAKA M/Surat 6
KOLEKSI MAKLUMAT PILIHAN PERPUSTAKAAN
Oleh: Nurul Kashfi Bin Subri
Koleksi Maklumat Pilihan yang disediakan oleh Unit Perundingan Penyelidikan
Pengguna, Bahagian Pengurusan Perkhidmatan & Maklumat , Perpustakaan Tuanku
Bainun yang dibangunkan sejak tahun 2010 sehingga kini mengandungi pelbagai bahan
maklumat pilihan yang berkaitan dengan keperluan maklumat semasa untuk kegunaan
universiti.
Pembangunan Koleksi Maklumat Pilihan ini merangkumi pelbagai keperluan maklumat
khusus berkaitan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam koleksi ini
terdapat bahan maklumat dalam bentuk akhbar, keratan artikel makalah, artikel dan
laporan. Semua koleksi bahan ini boleh diakses melalui Pangkalan Data I-Sys (Internal
Indexing System).
Berikut dinyatakan beberapa koleksi yang telah dibangunkan iaitu:
Berita UPSI
Himpunan keratan akhbar dari akhbar arus perdana yang mengandungi berita berkaitan
dengan UPSI yang telah diimbas dan didigitalkan.
Pro Canselor UPSI – Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim
Koleksi Khas berkaitan dengan Pro- Canselor UPSI, Tan Sri Yahaya Ibrahim sendiri dan
Kolej Kirkby. Bahan – bahan maklumat yang boleh didapati dalam koleksi ini
adalah dalam bentuk keratan akhbar, keratan artikel dari majalah dan buku ta-
hunan.
Koleksi Artikel – Prof Dato’ Dr. Zakaria Kasa
Koleksi Khas yang menghimpunkan artikel keratan akhbar berkaitan dengan Naib Can-
selor UPSI yang juga Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan,
Majlis Profesor Negara(MPN).
Koleksi Artikel – Majlis Profesor Negara
Bahan berita berkaitan dengan Majlis Profesor Negara yang disiarkan di media. Koleksi
ini menghimpunkan maklumat berkaitan 14 Kluster di dalam MPN.
Koleksi Artikel – Penyandang Kursi Za’Ba
Koleksi ini adalah tulisan artikel oleh Penyandang Kursi Za’Ba yang diterbitkan di media
cetak. Ia dikumpulkan untuk membantu pengguna dalam pencarian bahan
maklumat.
Koleksi Sasterawan Negara
Koleksi Khas ini dibangunkan untuk menghimpunkan bahan dan maklumat berkaitan
dengan Sasterawan Negara untuk membantu dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Koleksi Maklumat Bajet
Koleksi ini dibangunkan dalam mengumpul maklumat dan bahan laporan yang diterbit-
kan untuk belanjawan negara.
Bahan – bahan ini dikumpul bagi membantu para penyelidik dan pelajar bagi mendapat-
kan bahan maklumat yang berkaitan untuk membantu dalam penyelidikan dan tugasan
mereka. Bahan ini hanya boleh diakses melalui Pangkalan Data I-Sys dan juga
Ezproxy perpustakaan.