Page 2 - Buletin Jun 2012
P. 2
Penasihat INFO@PUSTAKA M/Surat 2
Rusliza Yaacob
DARI MEJA KETUA PUSTAKAWAN
Ketua Pengarang
Hjh. Si Sumaizan Ramli Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.
Pen. Ketua Pengarang Selamat bertemu kembali dalam Info@Pustaka keluaran ke-14. Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya
Najah Saghirah Haroman buletin ini dapat diterbitkan seperti dirancangkan.
Pengarang Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam memastikan sumber ilmu dan maklumat disediakan kepada
pelanggannya, perpustakaan juga tidak lepas daripada tanggungjawabnya untuk memastikan sumber-sumber ini digunakan se-
Rozman Che Ross
maksimumnya. Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai aktiviti keilmuan telah dan akan diadakan untuk menyemarakkan budaya
Nurul Kashfi Subri
membaca dan memperkasakan ilmu dalam kalangan warga UPSI serta masyarakat setempat.
Wan Kar ni W. Sulaiman
M. Razalli A. Termizi Saya mengharapkan melalui buletin ini, pihak perpustakaan dapat berkongsi maklumat dengan pembaca dan dapat mengenali
Firdausiah Ahamad perpustakaan dengan lebih rapat lagi.
Norhalida Derasol
Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perpustakaan yang telah memberi komitmen yang tinggi serta
Nor Hanizah Zahid
kerjasama yang baik dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Saya juga mengucapkan syabas kepada sidang redaksi buletin
Noriha Muhammad
kerana berjaya menerbitkan buletin ini mengikut jadual.
Reka Bentuk dan Reka Letak
Teks DARI MEJA KETUA PENGARANG
Mohd Hizam Samin
Bertemu kembali untuk Buletin Perpustakaan bagi isu kali ini yang memaparkan beberapa artikel dan heba-
Penerbitan dan Edaran han menarik untuk tatapan semua pembaca. Perpustakaan sentiasa menggalakkan pelanggan untuk pencari-
an maklumat dan ilmu samada secara fizikal di perpustakaan atau secara maya dengan mengakses sumber
Raja Radiah Raja Ahmad
elektronik yang disediakan. Portal perpustakaan perlu menjadi suatu kemestian untuk dilawati terutama oleh
Ahmad Fazli Ahmad Rasmi
pensyarah, penyelidik dan pelajar universiti. Ini adalah dalam usaha kami untuk membudayakan pembacaan,
Pereka Web pembelajaran, pemikiran kreatif serta menyokong penyelidikan dan inovasi.
Rozman Che Ross
Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan disediakan untuk keperluan semua pelanggan. Di samping perkhidmatan di
Jurufoto dalam perpustakaan, kami juga menemui masyarakat setempat untuk program bersama komuniti. Ia bertujuan untuk penyebaran
Ahmad Nazim Ismail maklumat dan menerangkan peranan perpustakaan dalam kehidupan. Ini adalah untuk menarik mereka mendapatkan tambahan
ilmu pengetahuan dan menjadi ahli luar perpustakaan.
Salam hormat dan selamat membaca!
Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem Maklumat Malaysia) BIL.1/2012
Pada 29 Februari 2012, Perpustakaan Tuanku Bainun telah men-
jadi tuan rumah untuk Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem
Maklumat Malaysia) Bil.1/2012. Mesyuarat tersebut telah berjaya
menghimpunkan lebih daripada 30 orang pustakawan mewakili
perpustakaan akademik IPTA seluruh negara. Mesyuarat di-
pengerusikan oleh Cik Sarifah Abdullah, Timbalan Ketua Pustaka-
wan, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang
merangkap Pengerusi MySyL. Antara agenda mesyuarat adalah
Laporan Portal MyUniNet, MyTO & MyULIS, Laporan Sistem
Aplikasi Inter Library Loan, Subject Area In MyUniNet dan Pelan
Strategik ICT Perpun. Dalam mesyuarat ini, pihak Perpustakaan
Tuanku Bainun juga telah memperkenalkan dua sistem yang
dibangunkan sendiri oleh perpustakaan iaitu Pustaka VRS (Vendor
Rating System) dan juga sistem I-SYS (Internal Indexing System).
Penghujung acara, semua ahli dibawa melawat kampus baru UPSI
yang terletak di Bandar Proton iaitu Kampus Sultan Azlan Shah.