Page 4 - Buletin Jun 2016
P. 4
Muka surat 4 INFO@PUSTAKA
LAT: Orang asal dari kampong memang ada nama lain. Nama sebenar saya Muhamad Nor Khalid.
Masa kecil kepala saya bulat. Opah dan ayah saya panggil saya bulat. Lekat nama itu sampai ke
sekolah dan akhirnya jadi Lat sahaja. Semasa bersekolah di Ipoh, tingkatan 1-5, bila saya balik ke
kampung, jumpa orang-orang lama mereka akan tegur saya “bila kau sampai Bulat?”.Tidak sangka
nama Bulat atau Lat ini kekal dari mula bekerja sampai ke umur tua.
PENGLIBATAN AWAL
HAS: Datuk Lat banyak menyentuh kisah- kisah zaman persekolahan terutamanya di SMK Anderson,
Ipoh. Pada era tersebut, bila baca kartun Lat, kita akan tahu situasi persekolahan pada masa
dahulu. Minta datuk ceritakan pada kami pengalaman persekolahan tersebut dan bagaimana
terjemahkan ke dalam bentuk kartun.
LAT: Tahun 60an, hubungan antara sahabat memang rapat dan pelbagai kaum. Mula sekolah di
kampung. Selepas lulus Special Malay Class, saya masuk sekolah Inggeris iaitu Sekolah Jalan Pasir
Putih. Dalam darjah saya bercampur- campur pelbagai kaum sehingga ke sekolah menengah.
Hubungan dengan rakan-rakan amat rapat sebab selalu berkongsi buku, muzik, sukan dan
perkembangan filem. Ada geng, selalu jumpa pada hari Sabtu di bandar, padang ataupun di
panggung wayang. Cerita remaja, kita lebih cenderung kepada rakan sebaya dan lebih hendak
tahu tentang kawan mereka walaupun berlainan bangsa. Kadang- kadang mereka ajak ke rumah
mereka dan kadangkala saya ajak ke rumah saya untuk berbincang mengenai buku James Bond,
Enid Blyton seperti Famous Five dan Secret 7. Ia jadi kenangan manis yang tidak boleh dilupakan.
Hubungan dengan rakan- rakan masih berterusan sehingga ke tua. Pada pandangan saya, anak-
anak muda sepatutnya jangan buang masa. Saya guna masa lapang untuk melukis kartun.
Kampung Boy adalah cerita mengenai hal ehwal saya semasa duduk di kampung. Manakala cerita
Town Boy, adalah masa saya bersekolah di Ipoh. Oleh kerana pada masa itu penempatan semula
giat berlaku, keluarga saya tinggal di Sungai Rokam, Ipoh. Jadi orang Ipoh dan hidup dalam
suasana orang bandar. Semua ini boleh dijadikan cerita untuk menggalakkan persahabatan.
(Bersambung di muka surat 5)