Page 10 - Buletin Disember 2017
P. 10
Muka surat 10 INFO@PUSTAKA
SEKITAR PESTA BUKU UPSI 2017
Pesta Buku UPSI kali ke 15, 2017 diadakan sempena Hari Ilmu dan Budaya Membaca
Perpustakaan Tuanku Bainun. Diadakan di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
pesta buku ini dianjurkan secara bersama oleh Perpustakaan Tuanku Bainun dan Pejabat
Karang Mengarang. Kerjasama ini telah terjalin sejak penganjuran Pesta Buku UPSI kali ke 5,
pda tahun 2007. Antara yang mengambil bahagian ialah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia
(MAPIM), Karyaseni, Galeri Ilmu dan Edukid Distributors. Kumpulan sasar ialah semua
warga UPSI dan masyarakat awam Tanjong Malim. Ia diadakan pada 27 hingga 30
September dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Seramai lebih kurang 4,512 orang
pengunjung telah memeriahkan Pesta Buku kali ini yang diserikan dengan pelbagai aktiviti
menarik dan bermanfaat.
Antara buku bacaan untuk kanak-kanak yang dijual
Pelajar UPSI di booth jualan Penerbit UPSI