Page 6 - Buletin Disember 2017
P. 6
Muka surat 6 INFO@PUSTAKA
KHIDMAT MASYARAKAT DI HOSPITAL SLIM RIVER
Majlis penyerahan
buku sumbangan oleh
Ketua Pustakawan
kepada wakil Hospital
Slim River, Dr. Nizam
Malik bin Bali
Mohamed, doktor
pakar kanak-kanak
Wad Pediatrik
Membuat origami dengan
tunjuk ajar Cik Sharifah Nurul
Hidayah dan rakan.
Pada 22 Ogos 2017 Per-
pustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan Khidmat Masyarakat di Hospital Slim River,
Perak. Objektif utama program adalah bertujuan memberi sokongan berbentuk psikoso-
sial kepada kanak-kanak yang sedang menerima rawatan serta mempromosikan
perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun. Pada tahun ini, pihak
perpustakaan mencari kelainan dengan memilih Hospital Slim River, berbanding sebe-
lum ini membuat aktiviti dengan sekolah di sekitar Tanjong Malim. Program ini
mendapat kerjasama Unit Cara Kerja Hospital Slim River, melibatkan pesakit berusia 5
hingga 12 tahun yang mengalami masalah hyperactive, mild autism, dyslexia dan cere-
bral palsy. Program diisi dengan pelbagai aktiviti dengan misi untuk mengukir senyuman
dan menghibur kanak-kanak melalui sesi bercerita, membuat origami, nyanyian,
menari dan menghasilkan seni & kraf.