Page 1 - Buletin Disember 2017
P. 1
INFO@PUSTAKA
http://pustaka.upsi.edu.my
ISSN :1675-7394 Julai-Disember 2017
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya WACANA PANTUN BERADAT SANTUN MELAYU
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
Laksamana berempat di atas
pentas
Cukup berlima dengan
gurunya
Bagaikan dakwat dengan
kertas
Sudah berjumpa dengan
jodohnya
Menarik di dalam:
Saudara Sabri Yunus bersama Dr. Zubair Idris, Datuk Paduka
Rosli Saludin dan moderator, Dr. Hasrina Baharum.
Database Usage 4-5
Training
Khidmat 6-7
masyarakat
Pesta Buku UPSI 9-11
English in Early 12
Childhood
Pada 25 September 2017 telah berlangsung program Wacana Pantun
Lawatan 13- Beradat Santun Melayu anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun. Wacana kali
15 ini menjemput Profesor Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin,
Pensyarah Fakulti Bahasa & Komunikasi UPSI; Dr. Zubir bin Idris, Ketua Program
Pameran 16 Persuratan Melayu, Fakulti Sains Sosial & Kemanusian, Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Tuan Sabri bin Yunus, Pengarah Filem, Drama dan Selebriti
tanah air. Wacana dimudahcara oleh Dr. Hasrina binti Baharum, Pensyarah
Jejak Ilmu 17
Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Program berlangsung dengan meriah di
ruang bacaan perpustakaan, dihadiri oleh pelajar dan kakitangan UPSI,
pelajar dan guru sekolah sekitar Tanjong Malim serta orang awam.