Page 4 - Buletin Disember 2017
P. 4
Muka surat 4 INFO@PUSTAKA
DATABASE USAGE TRAINING AND HOW TO GET YOUR ARTICLE PUBLISHED WORKSHOP
‘Database Usage Training and How To Get Your Article Published Workshop’ telah
diadakan pada 9, 10 dan 16 Ogos 2017, di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun,
mensasarkan kakitangan akademik, pelajar siswazah serta penyelidik sebagai peserta.
Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk membantu mereka dalam
proses penerbitan artikel yang dihasilkan, pemilihan jurnal yang bersesuaian, proses ulasan,
penyuntingan, bacaan pruf, etika dan hak cipta, seterusnya promosi apabila artikel telah
diterbitkan.
Majlis penyampaian
Sijil Penghargaan,
‘2017 – Highly
Commended
Award’ kepada
Dr. Rusliza Yahya
oleh Encik Elvin
Cheah
Penceramah terdiri daripada 5 orang wakil daripada penerbitan pangkalan data yang
dilanggan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun. Sesi pertama, dimulakan dengan Encik Elvin
Cheah, Pengurus Perniagaan Emerald Group Publishing yang membuat pembentangan
bertajuk ‘Emerald Usage Training and How to get Published’. Dalam sesi ini, Encik Elvin
Cheah turut menyampaikan sijil penghargaan pihak Emerald kepada Dr. Rusliza Yahya,
pensyarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi bagi artikel beliau yang bertajuk “Leadership
Styles and Organizational Commitment: Literature Review” yang menerima anugerah ‘2017
Highly Commended Award’. TAHNIAH Dr. Rusliza Yahya!
Bersambung di muka surat 5/..