Page 12 - Buletin Mac 2008_2
P. 12

ULASAN BUKU












                                                     Buku ini penuh dengan strategi pengajaran yang praktikal dan
                                                     panduan ringkas bagi memberi ilham kepada para guru dalam
                                                     memulakan pengajaran mereka  serta  menjadikan bilik darjah
                                                     sebagai tempat untuk belajar dan membesar penuh intelektual
                                                     dan kemasyarakatan. Keberkesanan pengajaran yang positif
                                                     menyediakan kaedah-kaedah  yang inovatif ke arah mengubah
                                                     bilik darjah  yang bermasalah  menuju perubahan  yang positif
                                                     dan amat  menggalakkan serta  menyediakan panduan  yang
                                                     lengkap bagi menjadikan tingkah laku negatif berubah menjadi
                                                     interaksi yang positif. Terdapat empat  strategi yang diberikan
                                                     penekanan oleh penulis iaitu  strategi  yang meningkatkan dan
                                                     mengekalkan perhatian pelajar;  merangsang kerjasama dan
                                                     kerja berkumpulan; menjadikan  pelajar tersusun  membina ke-
                                                     yakinan diri dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
                                                     positif.


                                                         Bender, Yvonne. “Keberkesanan dalam pengajaran secara
                                                         positif.” Selangor: Wisdom Mind Resources, 2007










                                                     Strategi ke  arah pengajaran yang  cemerlang  berdasarkan
                                                     pengarang buku ini mudah untuk dilaksanakan iaitu meliputi
                                                     strategi yang dapat memperkayakan  kemampuan para pelajar
                                                     untuk memahami setiap  subjek yang diajar dengan berkesan
                                                     serta  mengukuhkan daya pemahaman dan ingatan  mereka.
                                                     Setiap bab menerusi buku ini ditulis berdasarkan situasi-situasi
                                                     tertentu yang menghubungkan para pelajar dengan kemampuan
                                                     dan kepintaran mereka. Dengan menggunakan  kaedah  ini,
                                                     kemampuan para pelajar akan meningkat.




                                                         Reardon, Mark and Seth Derner. “Strategi untuk pengajaran
                                                         yang hebat.” Selangor: Wisdom Mind Resources, 2007










                                                                                       Disediakan oleh : Muliati Abdul  Samad
       12
   7   8   9   10   11   12   13