Page 8 - Buletin Mac 2008_2
P. 8

Anda menaip satu tugasan kerja yang diarahkan. Setelah siap tugasan berkenaan, anda diminta untuk menghantarkan
           salinan soft copy kepada pegawai anda untuk disemak. Anda seterusnya menyemak saiz fail berkenaan dengan cara
           berikut :




















           Saiznya adalah 4.8 MB atau 5,033,984 bytes. Apa maknanya angka dan unit ini ?

           Sebagai  permulaan, unit data terkecil  dalam  dunia perkomputeran adalah bit  (singkatan
           adalah ‘b’ dengan huruf kecil). 1 bait (singkatan adalah ‘B’ dengan huruf besar) pula adalah
           bersamaan  dengan 8b. 1,048,576B  pula  membawa  kepada persamaan dengan 1 Megabait               (MB).
           Baik, bagi saiz sehingga 1.44 MB, satu disket yang bersaiz 3.5” yang biasa digunakan adalah
           memadai.

           Tetapi saiz fail yang dihasilkan di atas adalah 4.80 MB. Di mana kita hendak memuatkan fail    ini  bagi
           tujuan penghantaran ? Cakera padat ?

           Cakera padat atau ringkasannya CD mempunyai saiz storan dari 650 MB sehingga 700 MB. Saiz ini boleh digambarkan
           dengan anggaran 450 sehingga 486 keping disket. Tetapi ini adalah satu pembaziran. Mengapa? Menggunakan sekeping
           CD untuk data hanya sebesar 4.80 MB adalah tidak munasabah ini kerana bergantung kepada teknologi, CD hanya
           boleh ditulis hanya sekali. Mari kita lihat alternatif lain.

           USB Flash  Drive atau  sering kali  juga     disebutkan  sebagai  Thumb Drive adalah alternatif  yang  baik.
           Thumb Drive  kini biasanya mempunyai  saiz               bermula dari 512 MB sehingga  8 GB.  Apa pula
           akronim GB ini membawa maksud? GB                             adalah singkatan kepada Gigabait. Setiap satu
           Gigabait  adalah 1024  MB. Banyak bukan?                      Tetapi mengapa 1024 MB dan bukannya 1000
           MB? Bukankah 1Kg bersamaan dengan                            1000g?  Di dalam dunia  perkomputeran semua
           unit adalah di dalam gandaan perduaan dan                    bukan gandaan 10 sebagaimana unit-unit kiraan
                                                                         30
                                                                                                          3
           lain. 1GB misalnya adalah 2 kuasa 30 atau                    2  bait manakala 1 Bait pula adalah 2  bit iaitu
           8bit sebagaimana yang kita ketahui di awal                  artikel ini tadi. Ini  adalah ketetapan yang
           ditetapkan  oleh  kebanyakkan  sistem                       operasi komputer sejak dulu lagi.

           Berbalik pada persoalan asal, maka dengan ini memuatkan    data ke dalam Thumb Drive adalah langkah efektif
           bagi menghantar data dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pengguna hanya  perlu menyalin dan seterusnya
           memindahkan fail berkenaan ke lokasi tujuan. Kemajuan  teknologi  telah membawa kepada kepelbagaian teknologi
           media storan. Artikel ini hanya merungkap sebahagian kecil daripadanya. Tetapi tunggu, bukankah lebih mudah jika
           kita menggunakan e-mel saja untuk menghantar fail tadi ?

           Disediakan oleh : Khairul Asyrani Sulaiman



       8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13