Page 1 - Buletin Disember 2008_2
P. 1

BIL.7/DISEMBER 2008                 http://pustaka.upsi.edu.my                         ISSN :1675-7394


             PERKHIDMATAN PERUNDINGAN PENYELIDIKAN










       P erpustakaan telah mewujudkan perkhidmatan baharu
       iaitu  Perkhidmatan  Perundingan  Penyelidikan  kepada
       pelanggan  yang telah beroperasi sepenuhnya pada Disember
       2008. Bantuan perundingan penyelidikan ini akan dibimbing
       oleh  Pustakawan,  Bahagian  Perkhidmatan  Pelanggan.
       Perkhidmatan  ini  disediakan  di  Bilik  Rujukan  dan
       Perundingan  Aras  1,  Perpustakaan  Tuanku  Bainun.  Waktu
       perkhidmatan ini beroperasi adalah pada hari Isnin – Jumaat,
       jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.


       Perkhidmatan  ini  bertujuan  membantu  pelanggan  sama  ada  yang  akan  atau  sedang  menjalankan
       penyelidikan.  Antara  bantuan  yang  diberikan  adalah  seperti  memberikan  khidmat  nasihat  dalam
       penyediaan  maklumat  atau  bahan  untuk  tujuan  penyelidikan.  Bahan-bahan  ini  terdiri  daripada  bahan
       bercetak dan juga bahan tidak bercetak. Pelanggan dan juga pustakawan akan bersama-sama berbincang
       mengenai  bahan yang diperlukan bagi sesuatu penyelidikan dengan menggunakan sumber maklumat
       dan  kemudahan  yang  disediakan.  Pustakawan  juga  akan  membimbing  pelanggan  dalam  penyediaan
       bibliografi mengikut format yang diperlukan.




























                                                                                                                 1
   1   2   3   4   5   6