Page 5 - Buletin Disember 2008_2
P. 5

Oleh : Mohamed Zaid Mohamed Idris
           Email : zaididris@upsi.edu.my      TAHUKAH ANDA?




                 BUKU DI DUNIA MAYA ANDA




                    acalah  di  mana-mana  sahaja.  Pernyataan  tersebut  seringkali  digunakan  oleh  sesiapa  sahaja  yang
           B bertegas  bahawa  ilmu  pengetahuan  diperolehi  melalui  pembacaan.  Dengan  teknologi  terkini,  anda
           boleh  membawa  bukan  hanya  senaskah  buku  bersama-sama  anda  tetapi  beribu-ribu  judul  buku.  Melalui
           penggunaan peranti atau perkakasan yang dipanggil e-book reader, anda boleh berbuat demikian. E-book reader
           atau pembaca buku elektronik adalah sebuah peranti atau alat yang digunakan untuk memaparkan e-buku. Alat ini
           direka  khusus  untuk  tujuan  pembacaan e-buku  ini. Terdapat  banyak  produk  e-book  reader di pasaran,  namun
           pada isu ini lebih tertumpu kepada tiga (3) produk utama iaitu  Amazon Kindle, Sony Reader PRS 505  dan
           Astak Mentor.



                                                     Amazon Kindle
                   E-BOOK READER
                                                     Amazon Kindle adalah sebuah pembaca buku elektronik atau e-
           book reader yang dilancarkan oleh Amazon.com pada November 2007. Alat ini menggunakan paparan kertas
           elektronik dan boleh digunakan secara berdiri sendiri tanpa komputer. Bahan–bahan bacaan boleh dimuat turun
           melalui  rangkaian  yang  dibangunkan  oleh  Amazon.com  iaitu  Whispernet  secara  percuma.  Namun,  Amazon
           Kindle ini hanya dijual di Amerika Syarikat kerana Whispernet hanya boleh beroperasi di
           Amerika  Syarikat  sahaja.  Pada  hari  pelancaran,  alat  ini  dijual  pada  harga  USD  399
           sehingga  April  2008.  Baru-baru  ini  pihak  Amazon.com  telah  menurunkan  harganya
           kepada USD 359.



                            Sony Reader PRS 505™
                            Merupakan  sebuah  e-book  reader  yang  telah  berada  di  pasaran  Amerika  Syarikat  pada
                            tahun  2006  dan  di  pasaran  Kanada  pada  April  2008.  Alat  ini  menggunakan  teknologi
                            paparan  kertas  elektronik  (electronic  paper  display)  yang  dibangunkan  oleh  E-Ink
                            Corporation  yang  mempunyai  resolusi  166  DPI,  lapan  (8)  peringkat  grayscale,
                            berkeupayaan untuk dibaca di bawah sinaran cahaya matahari dan boleh digunakan secara
                            orientasi lanskap atau potret. Alat ini sukar untuk dibaca jika tidak mempunyai pencahayaan
                            yang baik seperti mana penggunaan buku bercetak kerana  ia tidak mempunyai backlight.
                            Format yang boleh dipaparkan ialah Adobe PDF, dokumen peribadi, blog, RSS newsfeeds,


            Astak Mentor™
            Alat  e-book  reader  ini  telah  diperkenalkan  di  International  Digital  Publishing
            Forum Trade Show di New York pada 14 Mei 2008. Mentor didatangkan dengan
            saiz 5, 6 dan 9.7 inci serta mempunyai 128 MB memori yang boleh dikembangkan
            sehingga 4GB melalui slot SD kad. Mentor menggunakan paparan E-Ink dan boleh
            memainkan muzik stereo berformat MP3. Astak Mentor ini menggunakan platform
            Windows CE dan dijual dengan harga USD 200 hingga USD 350.







                                                                                                                 5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10