Page 3 - Buletin Disember 2010_2
P. 3

Perpustakaan Tuanku Bainun berperanan membantu pensyarah dan penyelidik di UPSI dalam aspek pengajaran,
          pembelajaran dan penyelidikan sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai hub maklumat yang terpenting di UPSI.
                                                                           Menyedari   hakikat   ini,   Perpustakaan
                                                                           Tuanku  Bainun  melalui  Unit  Pendidikan
                                                                           Pengguna,     Bahagian      Pengurusan
                                                                           Perkhidmatan   Dan    Maklumat     telah
                                                                           mengambil  inisiatif  menganjurkan  Bengkel
                                                                           Latihan   Penggunaan   Pangkalan   Data
                                                                           Scopus  secara  terbuka  khusus  untuk
                                                                           pensyarah  dan  penyelidik.  Tujuan  bengkel
                                                                           ini  diadakan  adalah  untuk  membantu
                                                                           pensyarah  dan  penyelidik  mengetahui
                                                                           kaedah yang sistematik dalam penggunaan
                                                                           pangkalan data Scopus.

                                                                           Bertempat   di   Makmal    Latihan   IT,
                                                                           Perpustakaan  Tuanku  Bainun,  bengkel  ini
                                                                           telah  diadakan  sebanyak  tiga  sesi,  pada  9
                                                                           dan  10  November  2010.  Setiap  sesi
                                                                           dibahagikan   kepada   tiga   fakulti   dan
                                                                           mengambil masa dua jam untuk setiap sesi.
                  Peserta bengkel memberikan tumpuan sepenuhnya.           Ceramah  disampaikan  oleh  Ms  Yu  Lang
                                                                           dari  Elsevier.  Seramai  60  orang pensyarah
          telah mendaftar dan menghadiri bengkel. Bagi menguji keberkesanan bengkel yang dihadiri ini, penceramah telah
          mengadakan ujian ringkas dengan mengemukakan beberapa soalan dan peserta yang menjawab dengan pantas
          dan  tepat  akan  mendapat  cenderahati  dari
          pihak   Elsevier.   Berdasarkan   kepada
          pemerhatian,   peserta   telah   memberi
          komitmen  yang  baik  sepanjang  bengkel  ini
          berlangsung.

          Bengkel  seumpama  ini  akan  diteruskan  lagi
          pada  masa  akan  datang  berdasarkan
          kepada keperluan dan kehendak pensyarah
          dan  penyelidik  di  UPSI.  Harapan  pihak
          perpustakaan  agar  setiap  bengkel  yang
          dianjurkan  akan  dapat  memberi  satu  impak
          yang    besar   kepada    mereka    yang
          mneghadirinya  sesuai  dengan  kehendak
          pengajaran,  pembelajaran  dan  penyelidikan
          di UPSI.





                                                             Ms Yu Lang dari Elsevier menyampaikan ceramah.

           Oleh : Afzanizam Dullah Hashim
           Email : afzanizam@upsi.edu.my
                                                              3
   1   2   3   4   5   6   7   8