Page 10 - Buletin Jun 2012_2
P. 10

INFO@PUSTAKA                                                                                      M/Surat 10

         LAWATAN KERJA KE PREMIS SYARIKAT PENJILIDAN


         Pada 24 Feb 2012, Unit Ter-  Fazli telah mengunjungi 3   Hasilnya, kunjungan ini telah
         bitan Bersiri (UTB), BPK   buah premis syarikat pen-  berjaya membuka mata dan
         telah mengadakan lawatan   jilidan di sekitar Batu Caves   minda tentang aspek-aspek
         kerja ke premis syarikat pen-  dan Wangsa Maju. Tujuan   penjilidan yang dilaksanakan
         jilidan yang akan dan pernah   lawatan ini diadakan ialah   oleh syarikat-syarikat berke-
         berurusan dengan Per-      untuk mengenal pasti dan   naan. Semestinya lawatan
         pustakaan Tuanku Bainun.   memperakui kelayakan syari-  seperti ini akan diteruskan
         Dalam siri lawatan kali ini,   kat berkenaan di samping   lagi pada masa-masa akan
         kakitangan UTB iaitu Pn. Nor   meninjau proses kerja men-  datang.
         Hanizah dan En. Wan Mohd   jilid yang dilaksanakan.



































         LAWATAN KERJA KE PREMIS PEMBEKAL BUKU


                                                            Bahagian Perolehan juga tidak ketinggalan mengadakan sesi lawatan ke
                                                            premis pembekal buku terletak di Bandar Tun Razak dan Shah Alam.
                                                            Lawatan diketuai oleh Encik Mohd Razalli ke Syarikat Ashe Enterprise
                                                                      pada 29 Mei 2012 dan Puan Najah Saghirah ke Syarikat
                                                                      DRL Kenyal pada 23 Mei 2012. Antara tujuan lawatan
                                                                      ialah untuk memastikan setiap syarikat yang berurusan
                                                                      dengan PTB mempunyai premis sendiri, ada kakitangan
                                                                      yang tetap dan ada ruang atau bilik pameran. Perb-
                                                                      incangan telah diadakan antara pihak syarikat pembekal
                                                                      buku dan kakitangan Bahagian Perolehan bagi
                                                                      melicinkan lagi kerja-kerja memproses invois dan
                                                                      pembekalan buku.
   5   6   7   8   9   10   11   12