Page 6 - Buletin Jun 2012_2
P. 6

INFO@PUSTAKA                                                          M/Surat 6


         KOLEKSI MAKLUMAT PILIHAN PERPUSTAKAAN
         Oleh: Nurul Kashfi Bin Subri

         Koleksi Maklumat Pilihan yang disediakan oleh Unit Perundingan Penyelidikan
         Pengguna, Bahagian Pengurusan Perkhidmatan & Maklumat , Perpustakaan Tuanku
         Bainun yang dibangunkan sejak tahun 2010 sehingga kini mengandungi pelbagai bahan
         maklumat pilihan yang berkaitan dengan keperluan maklumat semasa untuk kegunaan
         universiti.

         Pembangunan Koleksi Maklumat Pilihan ini merangkumi pelbagai keperluan maklumat
         khusus berkaitan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam koleksi ini
         terdapat bahan maklumat dalam bentuk akhbar, keratan  artikel makalah, artikel  dan
         laporan. Semua koleksi bahan ini boleh diakses melalui Pangkalan Data I-Sys (Internal
         Indexing System).

         Berikut dinyatakan beberapa koleksi yang telah dibangunkan iaitu:

         Berita UPSI
         Himpunan keratan akhbar dari akhbar arus perdana yang mengandungi berita berkaitan
                dengan UPSI yang telah diimbas dan didigitalkan.

         Pro Canselor UPSI – Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim
         Koleksi Khas berkaitan dengan Pro- Canselor UPSI, Tan Sri Yahaya Ibrahim sendiri dan
                Kolej Kirkby. Bahan – bahan maklumat yang boleh didapati dalam koleksi ini
                adalah dalam bentuk keratan akhbar, keratan artikel dari majalah dan buku ta-
                hunan.

         Koleksi Artikel – Prof Dato’ Dr. Zakaria Kasa
         Koleksi Khas yang menghimpunkan artikel keratan akhbar berkaitan dengan Naib Can-
                selor UPSI yang juga Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan,
                Majlis Profesor Negara(MPN).

         Koleksi Artikel – Majlis Profesor Negara
         Bahan berita berkaitan dengan Majlis Profesor Negara yang disiarkan di media. Koleksi
                ini menghimpunkan maklumat berkaitan 14 Kluster di dalam MPN.

         Koleksi Artikel – Penyandang Kursi Za’Ba
         Koleksi ini adalah tulisan artikel oleh Penyandang Kursi Za’Ba yang diterbitkan di media
                cetak. Ia  dikumpulkan untuk membantu pengguna  dalam pencarian bahan
                maklumat.

         Koleksi Sasterawan Negara
         Koleksi Khas  ini dibangunkan untuk menghimpunkan bahan  dan maklumat berkaitan
                dengan  Sasterawan  Negara  untuk  membantu  dalam  pengajaran  dan
                pembelajaran.

         Koleksi Maklumat Bajet
         Koleksi ini dibangunkan dalam mengumpul maklumat dan bahan laporan yang diterbit-
                kan untuk belanjawan negara.

         Bahan – bahan ini dikumpul bagi membantu para penyelidik dan pelajar bagi mendapat-
         kan bahan maklumat yang berkaitan untuk membantu dalam penyelidikan dan tugasan
         mereka.  Bahan  ini hanya boleh diakses  melalui  Pangkalan Data I-Sys  dan  juga
         Ezproxy perpustakaan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11