Page 2 - Buletin Jun 2012_2
P. 2

Penasihat                   INFO@PUSTAKA                                                           M/Surat 2
         Rusliza Yaacob
                                                           DARI MEJA KETUA PUSTAKAWAN
         Ketua Pengarang
         Hjh. Si  Sumaizan Ramli                 Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

         Pen. Ketua Pengarang                    Selamat bertemu kembali dalam Info@Pustaka keluaran ke-14. Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya
         Najah Saghirah Haroman                  buletin ini dapat diterbitkan seperti dirancangkan.


         Pengarang                               Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam memastikan sumber ilmu dan maklumat disediakan kepada
                                  pelanggannya, perpustakaan juga tidak lepas daripada tanggungjawabnya untuk memastikan sumber-sumber ini digunakan se-
         Rozman Che Ross
                                  maksimumnya. Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai aktiviti keilmuan telah dan akan diadakan untuk menyemarakkan budaya
         Nurul Kashfi Subri
                                  membaca dan memperkasakan ilmu dalam kalangan warga UPSI serta masyarakat setempat.
         Wan Kar ni W. Sulaiman
         M. Razalli A. Termizi    Saya mengharapkan melalui buletin ini, pihak perpustakaan dapat berkongsi maklumat dengan pembaca dan dapat mengenali
         Firdausiah Ahamad        perpustakaan dengan lebih rapat lagi.
         Norhalida Derasol
                                  Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perpustakaan yang telah memberi komitmen yang tinggi serta
         Nor Hanizah Zahid
                                  kerjasama yang baik dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Saya juga mengucapkan syabas kepada sidang redaksi buletin
         Noriha Muhammad
                                  kerana berjaya menerbitkan buletin ini mengikut jadual.

         Reka Bentuk dan Reka Letak
         Teks                                                 DARI MEJA KETUA PENGARANG
         Mohd Hizam Samin
                                               Bertemu kembali untuk Buletin Perpustakaan bagi isu kali ini yang memaparkan beberapa artikel dan heba-

         Penerbitan dan Edaran                 han menarik untuk tatapan semua pembaca. Perpustakaan sentiasa menggalakkan pelanggan untuk pencari-
                                               an maklumat dan ilmu samada secara fizikal di perpustakaan atau secara maya dengan mengakses sumber
         Raja Radiah Raja Ahmad
                                               elektronik yang disediakan. Portal perpustakaan perlu menjadi suatu kemestian untuk dilawati terutama oleh
         Ahmad Fazli Ahmad Rasmi
                                               pensyarah, penyelidik dan pelajar universiti. Ini adalah dalam usaha kami untuk membudayakan pembacaan,

         Pereka Web                            pembelajaran, pemikiran kreatif serta menyokong penyelidikan dan inovasi.
         Rozman Che Ross
                                  Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan disediakan untuk keperluan semua pelanggan. Di samping perkhidmatan di
         Jurufoto                 dalam perpustakaan, kami juga menemui masyarakat setempat untuk program bersama komuniti. Ia bertujuan untuk penyebaran
         Ahmad  Nazim Ismail      maklumat dan menerangkan peranan perpustakaan dalam kehidupan. Ini adalah untuk menarik mereka mendapatkan tambahan
                                  ilmu pengetahuan dan menjadi ahli luar perpustakaan.
                                  Salam hormat dan selamat membaca!




         Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem Maklumat Malaysia) BIL.1/2012

                                                             Pada 29 Februari 2012, Perpustakaan Tuanku Bainun telah men-
                                                             jadi tuan rumah untuk Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem
                                                             Maklumat Malaysia) Bil.1/2012. Mesyuarat tersebut telah berjaya
                                                             menghimpunkan  lebih daripada  30 orang pustakawan  mewakili
                                                             perpustakaan akademik IPTA seluruh negara. Mesyuarat di-
                                                             pengerusikan oleh Cik Sarifah Abdullah, Timbalan Ketua Pustaka-
                                                             wan, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang
                                                             merangkap Pengerusi MySyL. Antara agenda mesyuarat adalah
                                                             Laporan Portal MyUniNet,  MyTO & MyULIS, Laporan Sistem
                                                             Aplikasi Inter Library Loan, Subject Area In MyUniNet dan Pelan
                                                             Strategik ICT Perpun. Dalam  mesyuarat  ini,  pihak  Perpustakaan
                                                             Tuanku  Bainun juga  telah memperkenalkan dua  sistem  yang
                                                             dibangunkan sendiri oleh perpustakaan iaitu Pustaka VRS (Vendor
                                                             Rating System) dan juga sistem I-SYS (Internal Indexing System).
                                                             Penghujung acara, semua ahli dibawa melawat kampus baru UPSI
                                                             yang terletak di Bandar Proton iaitu Kampus Sultan Azlan Shah.
   1   2   3   4   5   6   7