Page 12 - Buletin Dis 2012_2
P. 12

PERSONALITI PILIHAN



                                               Pn. Rahimah Suhil atau lebih mesra dipanggil Mak Itam dilahirkan di Kampung Baru A,
                                               Hulu Bernam, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Hulu Bernam
                                               pada tahun 1964 dan meneruskan persekolahannya di  Sek. Men. Methodist, Tanjong
                                               Malim sehingga tahun 1974.
                                               Beliau mula melapor diri untuk berkhidmat di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
                                               pada 14 Februari 1981 sebagai Pelayan Asrama seawal usia 24 tahun. Kemudian men-
                                               yambung perkhidmatan di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) pada tahun 1989 seba-
                                               gai Pembantu Am Rendah di Bahagian Pengkatalogan, Perpustakaan IPSI sehingga ta-
                                               hun 1997 dan seterusnya melanjutkan perkhidmatan di Universiti Pendidikan Sultan
                                               Idris sehingga kini.
                                               Pada  3  September  1986,  beliau  menamatkan  zaman  bujangnya  dengan  memilih  En.
                                               Abd Rahim Mahmud atau dikenali sebagai Pak Itam sebagai teman hidup. Mengecapi
                                               kebahagiaan, hasil perkahwinan itu beliau dikurniakan    seorang cahayamata lelaki,
                                               Muhamad Juzaili b. Abd. Rahim pada 24 Januari 1988.

                                               Memegang prinsip hidup “Tidak suka menangguh atau melambat-lambatkan kerja dan
                                               cuba  meyiapkan  kerja  secepat  yang  mungkin”.  Warna  kegemaran  beliau  ialah  biru
                                               serta warna-warna yang lembut kerana beliau merasakan warna biru itu menggam-
                                               barkan ketenangan. Mempunyai hobi memasak pada masa lapang dan selalu menjamu
                                               teman sepejabat terutama kakitangan di Bahagian Pengkatalogan.

                                               Benar  kata  pepatah  “patah  tumbuh  hilang  berganti,  tapi  takkan  sama  dengan  yang
                                               pergi”.  Sama-samalah  kita  berdoa  semoga  beliau  terus  berbahagia  dalam  menjalani
                                               kehidupan baharu selepas ini. INSYAAllah. Selamat Bersara Puan Rahimah.


              Library Infohunt

         ‘Library  Infohunt’  telah  diadakan  pada  20
         Disember, menutup Program Ilmu & Budaya
         Membaca 2012. Kumpulan ‘Aldebaran’ telah
         memenangi  tempat  pertama  mendapat
         hadiah  wang  tunai  RM300.00,  sijil  dan  ham-
         per.  Tempat  kedua  mendapat  wang  tunai
         RM200.00,  sijil  dan  hamper,  dimenangi  oleh
         kumpulan ‘Power Buddies’ dan tempat ketiga
         mendapat  wang  tunai  RM100.00,  sijil  dan
         hamper  telah  dimenangi  oleh  kumpulan
         ‘Teslians’. Hadiah kepada para peserta telah
         disampaikan  oleh  Ketua  Pustakawan,  Puan
         Rusliza Yaacob.
                                                                  Peserta bergambar bersama Ketua Pustakawan

         SIDANG REDAKSI:
         Penasihat Rusliza Yaacob; Ketua Pengarang Hjh. Siti Sumaizan Ramli; Editor Najah Saghirah Haroman;  Pengarang Rozman Che Ross, Wan Kar-
         tini Wan Sulaiman, Anizah Tumin, Mohd Razalli Ahmad Termizi, Nor Hanizah Zahid, Noriha Muhammad, Azura Adnan, Mohd. Hizam Samin,
         Afzanizam Dullah Hashim, Noriati Nordin; Penerbitan dan Edaran Raja Radiah Raja Ahmad, Ahmad Fazli Ahmad Rasmi; Pereka Web Rozman b
         Che Ross; Jurufoto Ahmad  Nazim Ismail.

         12
   7   8   9   10   11   12