Page 8 - Buletin Dis 2012_2
P. 8

info@pustaka                                        SYABAS DAN TAHNIAH
                                                                 KEPADA PENERIMA

                                                     ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
                                                          PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN
                                                                       2011























         Turutan dari atas, kiri ke kanan;
         1.   Puan Wan Kartini bt Wan Sulaiman, Pustakawan S41

         2.   Puan Sa’aidah bt Ibrahim, Pembantu Perpustakaan Kanan S22
         3.   Puan Maisarah bt Razali, Pembantu Perpustakaan S17
         4.   Puan Norliza bt Darus, Pembantu Perpustakaan S17
         5.   Encik Ahmad Nazim bin Ismail, Pembantu Perpustakaan S17
         6.   Puan Zakiah bt Kamaludin, Pembantu Perpustakaan S17
         7.   Puan Rahimah bt Suhil, Pembantu Am Pejabat N4(KUP)



                                Pusat Sumber Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City


         Pusat Sumber di Kampus Proton City telah mula beroperasi pada bulan September 2012 di Blok 6, Fakulti Sains dan
         Matematik. Kemudahan yang disediakan adalah koleksi buku rujukan utama bagi Fakulti Sains dan Matematik, Fakulti
         Pengurusan dan Ekonomi, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, ruang bacaan dan WebOPAC. Pengguna boleh
         mengakses pangkalan data atas talian, buku elektronik dan jurnal elektronik di pusat sumber, di pejabat dan bilik kuliah
         fakulti. Buku-buku dalam senarai bacaan bagi fakulti boleh dirujuk atau dipinjam keluar oleh pelajar atau staf akademik di
         pusat  sumber  tersebut.  Pengguna  juga  boleh memulangkan  buku  di  kaunter  pusat  sumber  atau di  Kaunter  Sirkulasi,
         Perpustakaan Tuanku Bainun.






                                                            KEMPEN DERMA BUKU

                                Perpustakaan  mengalu-alukan  orang  ramai  untuk  menderma  buku-buku  yang  masih
                                berkeadaan baik dan sesuai untuk rujukan umum. Sebarang pertanyaan, sila berhubung
                                terus  dengan  Puan  Nora  bt  Jamaharee  di  talian  05-4506455  di  Unit  Hadiah  dan
                                Sumbangan,  Bahagian Perolehan, PTB.



         8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12