Page 1 - Buletin Dis 2017_2
P. 1

INFO@PUSTAKA





                                                                                                        http://pustaka.upsi.edu.my


                                        ISSN :1675-7394                                        Julai-Disember 2017
      Asam kandis mari dihiris
      Manis sekali rasa isinya          WACANA PANTUN BERADAT SANTUN MELAYU
      Dilihat manis dipandang manis
      Lebih manis hati budinya

      Ayam hutan terbang ke hutan
      Tali tersangkut pagar berduri
      Adik bukan saudara bukan
      Hati tersangkut kerana budi

      Laksamana berempat di atas
      pentas
      Cukup berlima dengan
      gurunya
      Bagaikan dakwat dengan
      kertas
      Sudah berjumpa dengan
      jodohnya




           Menarik di dalam:
                                                             Saudara Sabri Yunus bersama Dr. Zubair Idris, Datuk Paduka
                                                             Rosli Saludin dan moderator, Dr. Hasrina Baharum.
         Database Usage    4-5
         Training

         Khidmat           6-7
         masyarakat


         Pesta Buku UPSI   9-11




         English in Early   12
         Childhood

                                 Pada  25  September  2017  telah  berlangsung  program  Wacana  Pantun
         Lawatan           13-   Beradat Santun Melayu anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun. Wacana kali
                           15    ini  menjemput    Profesor  Madya  Datuk  Paduka  Dr.  Mohd  Rosli  bin  Saludin,

                                 Pensyarah Fakulti Bahasa & Komunikasi UPSI; Dr. Zubir bin Idris, Ketua Program
         Pameran           16    Persuratan Melayu, Fakulti Sains Sosial & Kemanusian, Universiti Kebangsaan
                                 Malaysia  dan  Tuan  Sabri  bin  Yunus,  Pengarah  Filem,  Drama  dan  Selebriti
                                 tanah air. Wacana dimudahcara oleh Dr. Hasrina binti Baharum, Pensyarah
         Jejak Ilmu        17
                                 Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Program berlangsung dengan meriah di
                                 ruang  bacaan  perpustakaan,  dihadiri  oleh  pelajar  dan  kakitangan  UPSI,

                                 pelajar dan guru sekolah sekitar Tanjong Malim serta orang awam.
   1   2   3   4   5   6