Page 4 - Buletin Dis 2017_2
P. 4

Muka surat 4                                                                            INFO@PUSTAKA


              DATABASE USAGE TRAINING AND HOW TO GET YOUR ARTICLE PUBLISHED WORKSHOP

         ‘Database  Usage  Training  and  How  To  Get  Your  Article  Published  Workshop’  telah

         diadakan  pada  9,  10  dan  16  Ogos  2017,  di  Auditorium  Perpustakaan  Tuanku  Bainun,
         mensasarkan  kakitangan  akademik,  pelajar  siswazah  serta  penyelidik  sebagai  peserta.
         Bengkel  yang  julung-julung  kali  diadakan  ini  bertujuan  untuk  membantu  mereka  dalam
         proses penerbitan artikel yang dihasilkan, pemilihan jurnal yang bersesuaian, proses ulasan,
         penyuntingan, bacaan pruf, etika dan hak cipta, seterusnya promosi apabila  artikel telah
         diterbitkan.
















                                                                                              Majlis penyampaian
                                                                                                Sijil Penghargaan,
                                                                                                  ‘2017 – Highly
                                                                                                  Commended
                                                                                                Award’ kepada
                                                                                                Dr. Rusliza Yahya
                                                                                                 oleh Encik Elvin
                                                                                                     Cheah

















         Penceramah  terdiri  daripada  5  orang  wakil  daripada  penerbitan  pangkalan  data  yang
         dilanggan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun. Sesi pertama, dimulakan dengan Encik Elvin

         Cheah,  Pengurus  Perniagaan  Emerald  Group  Publishing  yang  membuat  pembentangan
         bertajuk  ‘Emerald  Usage  Training  and  How  to  get  Published’.  Dalam  sesi  ini,  Encik  Elvin
         Cheah  turut  menyampaikan  sijil  penghargaan  pihak  Emerald  kepada  Dr.  Rusliza  Yahya,
         pensyarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi bagi artikel beliau yang bertajuk “Leadership
         Styles and Organizational Commitment: Literature Review” yang menerima anugerah ‘2017
         Highly Commended Award’. TAHNIAH Dr. Rusliza Yahya!


                                                                                      Bersambung di muka surat 5/..
   1   2   3   4   5   6   7   8   9