Page 2 - Buletin Dis 2017_2
P. 2

Muka surat 2                                                                            INFO@PUSTAKA


                            Dari Meja Ketua Pustakawan

               Bismillahirrahmanirrahim.

               Alhamdulillah  syukur  ke  hadrat  Allah  s.w.t.  dengan  limpah  kurniaNya  kita  bersua
               kembali dalam Info@Pustaka edisi Januari-Jun 2017.

                      Keluaran  tahun  ini  lebih  meriah  dengan  pelbagai  acara  dan  program  yang
               telah  berlangsung  dengan  jayanya  pada  separuh  tahun  pertama  ini.  Saya
               merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua kakitangan yang telah berusaha
               bersungguh-sungguh      dalam    merealisasikan    peranan    perpustakaan    dalam
               menyebarkan ilmu dan maklumat kepada masyarakat universiti  malah melangkaui
               masyarakat awam sekitar.
                      Sehingga kini,  perpustakaan  menjadi  tumpuan dan tempat rujukan  kepada seluruh  warga
               Tanjong Malim tanpa mengira usia dan kerjaya. Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang
               sekali  lagi  menjulang  nama  Perpustakaan  Tuanku  Bainun  dengan  membawa  pulang  pingat  emas
               dalam Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah Utara di Hotel Ixora Seberang Jaya, Pulau
               Pinang. Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pelajar-pelajar Fakulti Seni
               Komputeran  dan  Industri  kreatif  yang  menyumbangkan  hasil  karya  projek  tahun  akhir,  Ijazah
               Sarjana  Muda  Pendidikan  Seni  2017  untuk  dipamerkan  dalam  perpustakaan.  Suasana  dalam
               perpustakaan semakin ceria dengan pameran seni ini.

               Jumpa lagi pada keluaran akan datang!

               Rusliza Yaaacob


                            Dari Meja Ketua Pengarang

               Bismillahirrahmanirrahim

               Salam tahun baru 2017 kepada semua pembaca dan pengguna perpustakaan.

                      Khalayak ramai sedang memperkatakan mengenai Industri 4.0 atau Revolusi
               Industri  4.0.  Selepas  Revolusi  Industri  1.0,  2.0  dan  3.0,  kini  muncul  yang  ke  4.0
               yang memberi tumpuan kepada 'Internet of things', 'big data','cloud computing' dan
               'data security'.
                      Maka peranan perpustakaan juga berubah dalam memberi perkhidmatan dan
               kemudahan  kepada  pengguna.  Langganan  bahan  perpustakaan  secara  elektronik
               akan  mengatasi  bahan  bercetak  dan  langganan  jurnal  akan  datang  lebih  berkonsepkan  'cloud
               subscription'.  Pinjaman  dan  pemulangan  buku  juga  akan  berlaku  secara  'cloud  borrowing  and
               returning  of  e-books'  dengan  mengambil  kira  tempoh  pinjaman  dan  keselamatan  data  buku  serta
               data pengguna.
                      Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat
               berbentuk  'Pinterest'  lebih  digemari.  Benarlah  pepatah  Inggeris  yang  mengatakan  'a  picture
               represents  a  thousand  words'.  Info@pustaka  menyajikan  bahan  berita  bergambar  untuk  tatapan
               semua  pembaca.  Beberapa  aktiviti  menarik  telah  diadakan  seperti   menyantuni  anak  pelarian
               Rohingya,  bengkel  bibliometrik  dan  bengkel  pengurusan  data,  serta  promosi  berterusan  ‘library
               roadtour’ dan koleksi sumber media.
                      Perpustakaan  juga  menyebarkan  berita  secara  elektronik  yang  boleh  dilayari  dalam  laman
               web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan. Semoga ia menepati  cita rasa pembaca masa kini
               untuk mendapat sedikit tambahan ilmu dan pengetahuan.

               Salam hormat dan bertemu lagi dalam isu akan datang.


               Siti Sumaizan Ramli
   1   2   3   4   5   6   7