Apa itu "Little Free Library@UPSI"

‘Little Free Library’ (LFL) UPSI adalah merupakan sebahagian daripada projek komuniti  dari ‘littlefreelibrary.org’ iaitu satu ‘Non-profit organization’ (NFO) global bermula dari Amerika Syarikat. Konsep LFL adalah ‘Take a book and Leave a book’ yang bermaksud buku yang disediakan adalah percuma. LFL dibuka 24 jam, tiada tarikh pemulangan buku, tiada denda lewat pemulangan buku dan tidak perlu menjadi ahli perpustakaan. Buku-buku yang disediakan adalah bahan bacaan ringan seperti buku kanak-kanak, buku fiksyen dan bukan fiksyen. Buku-buku berkenaan diperolehi daripada hasil sumbangan syarikat-syarikat perniagaan dan individu.

Binaan ‘LFL’ ini di letakkan di tempat tumpuan ramai seperti di stesen keretapi. Dalam projek rintis ini, sebanyak 5 buah stesen keretapi di negeri Perak telah dikenalpasti iaitu di Stesen Keretapi Tanjong Malim, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping. PTB berhasrat untuk mengembangkan lagi projek ini ke seluruh stesen keretapi di Malaysia pada masa hadapan.