MENGENAI KAMI

‘Little Free Library’ UPSI (LFL UPSI) telah dirasmikan pada 11 November 2022 oleh Orang Besar Jajahan Muallim, YDH. Toh Paduka Setia  Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad. Bagi memenuhi objektif utama program LFL UPSI, iaitu menyediakan kemudahan kepada masyarakat bagi mendapatkan bahan bacaan secara percuma,  Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) berpendapat struktur binaan LFL ini sangat sesuai diletakkan di tempat tumpuan ramai seperti di stesen kereta api. Sehubungan dengan itu, dalam majlis tersebut juga turut diadakan upacara menandatangani perjanjian persefahaman di antara UPSI dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) selaku badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan dengan stesen kereta api.

 

Pada 21 dan 28 haribulan Disember 2022, struktur binaan LFL dan buku-buku telah dihantar ke lima (5) stesen kereta api terpilih  iaitu di Stesen Kereta Api Tanjong Malim, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping. PTB turut merakamkan penghargaan kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) atas kerjasama mereka hingga struktur binaan LFL dapat ditempatkan di kawasan yang sesuai dan mudah diakses oleh orang ramai. Semoga penumpang dan masyarakat sekitar stesen kereta api dapat memanfaatkan kemudahan ini untuk meningkatkan lagi budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.