Page 5 - Buletin Disember 2009
P. 5
Unit Sumber Media menawarkan perkhidmatan
rujukan serta pinjaman pelbagai bahan koleksi
sumber media yang terdiri daripada DVD, VCD,
pita video, kaset, disket, kit dan bahan
CD-ROM. Sehingga bulan Disember 2009,
koleksi sumber media berjumlah 7,566 judul /
11,055 naskhah. Bahan ini boleh diperolehi
menerusi kaunter sumber media yang terletak
di aras 4 Perpustakaan Tuanku Bainun di mana
waktu perkhidmatan bermula pada jam 9.00 pagi
hingga 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan
kaunter ini ditutup pada waktu rehat.
Untuk kemudahan pelanggan, peralatan yang
lengkap turut disediakan bagi memudahkan
rujukan kepada bahan-bahan sumber media.
Pelanggan juga boleh meminjam dua naskhah
bahan sumber media untuk tempoh tiga hari.
Unit Sumber Media bukan hanya menawarkan
bahan sumber media berkaitan dengan program
pengajian, malah untuk merehatkan minda dan
mengurangkan tekanan dalam kalangan
pelanggan, Unit Sumber Media turut menawarkan
koleksi lagu-lagu dan filem-filem terbaik untuk
ditonton. Di samping itu,
unit ini turut menyediakan
peralatan radio set dengan
saluran yang boleh dipilih
oleh pelanggan sendiri.
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : muliati@upsi.edu.my
5