Page 9 - Buletin Disember 2009
P. 9
Peta minda merupakan cara atau kaedah
mengingat dan mencatat nota yang berke-
san kepada sesiapa yang mengguna-
kannya atau cara yang kreatif dan logikal Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana
untuk membuat nota dengan menyalurkan tenang, hindarkan sebarang gangguan yang
idea-idea daripada minda. boleh memberi kesan terhadap penumpuan
belajar.
Baca teks keseluruhan, terutama tajuk
penting, pendahuluan, subtajuk, kesimpulan,
soalan / latihan, gambar.
Rajah dan carta yang berkaitan. Baca dengan
kadar sederhana laju dan tandakan fakta-fakta
penting. Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk
yang hendak dimasukkan ke dalam peta
minda.
Bina peta minda.
Mula membuat peta minda pada bahagian tengah kertas.
Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan
berbeza supaya lebih menarik.
Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah.
Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk
utama tersebut.
Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya.
Gunakan anak panah atau warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-
cabang.
Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah. Kembangkannya
dengan cara melebar ke tepi.
Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut. Gunakan
simbol yang bersesuaian. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.
Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kita masukkan sebagai fakta
tambahan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan untuk mengingat.
Oleh : Noriha Muhammad (dirumus berdasarkan nota bengkel mind mapping)
Email : noriha@upsi.edu.my
9