Page 10 - Buletin Disember 2009
P. 10
Warna merah menggambarkan diri anda yang sukakan kebebasan, cabaran dan mahu menjana
kejayaan dalam hidup. Anda sukakan pembaharuan dan inginkan kemajuan dalam pemikiran
dan aktiviti. Anda juga mudah bersimpati dengan kesusahan orang lain namun anda memiliki
MERAH sikap degil atau keras hati menerima sesuatu yang anda tidak setuju. Selain itu, anda juga
optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat.
Warna kuning menggambarkan diri anda yang berfikiran terbuka dan ceria, mempunyai daya
imaginasi yang baik dan bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain. Anda juga
sensitif dan penyayang, ini menjadikan anda sedia membantu orang lain sekiranya perlu. Anda
KUNING juga pentingkan isu keselamatan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.
Sekiranya anda menyukai jingga, ia menggambarkan anda seorang yang bagus dalam hal kerja,
sukakan idea baru, suka bersama teman-teman, seorang yang setia, bertenaga dan kreatif.
Walaubagaimanapun, anda juga beremosi dan kurang berkeyakinan apabila melalui tekanan.
JINGGA
Sekiranya anda menyukai hijau, ia menggambarkan anda seorang yang mementingkan
kesejahteraan dan suasana yang harmoni. Anda mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu
membina perhubungan dengan ramai orang. Anda mahukan dorongan dan sukakan penyokong
yang dapat memahami anda serta menolak anda maju ke hadapan. Institusi keluarga dan
mayarakat adalah sesuatu yang anda suka untuk fikir dan bicarakan.
HIJAU
Warna biru menggambarkan diri anda yang mahu lebih terhubung dan mesra dalam sesuatu
ikatan atau perhubungan. Anda memerlukan pengisian yang lebih rapat dan hangat bagi
menghidupkan rasa kasih sayang yang ikhlas ke dalam diri. Anda juga peka pada perasaan
orang lain dan dapat menghayatinya. Anda senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina
kenalan baru namun terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah dengan lebih yakin. Anda
BIRU juga bijak menilai serta pandai mentafsirkan penilaian anda. Kedamaian dan keharmonian
hidup merupakan impian yang perlu anda terus cari dan nikmati.
Sekiranya anda menyukai indigo, ia menggambarkan anda seorang yang memilih untuk berfikir
dari terlalu banyak berkata-kata. Anda memiliki ciri kepimpinan yang berpandangan jauh,
menggunakan kepekaan dan pemikiran yang seimbang dalam menilai sesuatu. Anda
mementingkan keselamatan dan berhati-hati dalam tindakan. Keunikan anda menjadi daya
INDIGO penarik dan anda kreatif bagi menggayakannya melalui cara yang tersendiri. Semangat anda
juga tinggi, namun anda tidak suka menonjolkan diri secara berlebihan. Institusi kerohanian
dan seni adalah sesuatu yang anda minat dan cenderung bagi menghayatinya.
Warna violet menggambarkan diri anda yang memiliki kejernihan dan keaktifan minda yang
tinggi. Daya penilaian anda juga tinggi dan berpandangan jauh, ini menjadikan anda dapat
melihat perkara yang orang lain belum lihat. Anda sukakan dan mahukan sokongan serta
keceriaan dalam hidup, namun anda terlalu mengharapkannya daripada orang di sekeliling.
VIOLET Ada kalanya sikap orang lain mengecewakan anda kerana anda bercita rasa tinggi. Anda juga
kreatif dan seni, kehalusan jiwa dan minda anda menjadikan anda suka pada keindahan
kejadian alam dan muzik. Anda juga berani bertindak dan mempunyai daya kepimpinan yang
baik.
Sumber :
Mir Hazil Azran Ramli. Aura personaliti warna. Kuala Lumpur: PTS 10
Millennia Sdn Bhd, 2008.