Page 12 - Buletin Disember 2009
P. 12
Ketika berada di SITC inilah, beliau telah menulis
dua buah buku tatabahasa yang menjadi
pegangan dan kajian para pengkaji bahasa
sehingga ke hari ini, iaitu buku Pelita Bahasa
Melayu I & II (1926) dan Ilmu Mengarang Melayu
(1934). Selain itu, beliau turut mengarang buku
Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1929 dan Daftar
Ejaan Melayu: Rumi-Jawi (1938).
Seterusnya pada tahun 1939, Za’ba dipindahkan
ke Singapura dan berkhidmat di Jabatan Penyiaran
sebagai Juruhebah Perang di Radio Malaya
Singapura. Semasa pendudukan Jepun di
Singapura Za’ba kekal berkhidmat di bahagian
penyiaran sebagai Ketua Penerangan Berita Radio.
Setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu, Za’ba
kembali bertugas di Kuala Lumpur sebagai
penterjemah bahasa Melayu. Kerja-kerja
penterjemahan ini terus dilaksanakannya
sehinggalah beliau dilantik sebagai Penterjemah Za’ba duduk berkot hitam bergambar di tepi rumah
Kanan Bahasa Melayu pada tahun 1946. kediamannya di SITC, Tanjong Malim pada Ogos
1929. Berdiri di belakang dari kiri; Yazid Ahmad,
Pada tahun 1953, Za’ba seterusnya dilantik Abdul Kudus Muhammad dan Ahmad Murad
menjadi Pensyarah Bahasa Melayu di School of Nasaruddin, pelatih penterjemah.
Oriental and African Studies, Unversity of London.
Pada tahun 1956, Za’ba dianugerahi gelaran
Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu III di Johor Bahru. Tiga tahun kemudian,
iaitu pada tahun 1959, Za’ba dianugerahi Ijazah
Doktor Kehormat Kesusasteraan Melayu oleh
Universiti Malaya. Pada tahun 1962, beliau
dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara
(P.M.N.) bergelar Datuk (kemudiannya Tan Sri)
dan pada Jun 1973, dianugerahi pula Ijazah
Doktor Kehormat Persuratan Melayu oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia. Beliau meninggal dunia
pada 23 Oktober 1973 setelah menaburkan jasa
yang tidak ternilai kepada bangsa dan negara.
Rumah Za’ba masih terpelihara di bawah
seliaan Muzium Pendidikan Nasional, UPSI.
Antara koleksi Za’ba yang terdapat di
Perpustakaan Tuanku Bainun
Oleh: Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Email : shalaby@upsi.edu.my
12