Page 15 - Buletin Disember 2009
P. 15
Seramai empat orang kakitangan
perpustakaan telah menerima anugerah
perkhidmatan cemerlang pada Majlis
Penyampaian Anugerah Kualiti yang
telah diadakan pada 6 November 2009.
Kakitangan tersebut ialah Pn. Rusliza
bt. Yaacob, Pn. Muliati bt. Abdul
Samad, En. Mohd Hizam b. Samin dan
Pn. Nor Haslina bt. Khalid.
Penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2008, bergambar bersama
Y. Bhg. Dato’ Rusley b. Taib, Pendaftar UPSI.
Nurfaizah bt. Kamarudin yang merupakan pustakawan di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan telah mula berkhidmat di
Perpustakaan Tuanku Bainun pada 2 Januari 2008. Peribadi beliau yang peramah serta mudah mesra menjadikan beliau
disenangi rakan-rakan setugas. Nurfaizah atau lebih dikenali sebagai Faez telah dilahirkan pada 5 April 1984 di Seremban,
Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik. Pendidikan awal beliau bermula di
Sekolah Rendah Kebangsaan Abu Bakar Baginda, Bangi dan seterusnya berpindah ke Sekolah Rendah Dengkil, Selangor.
Setelah tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), beliau telah menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Sungai
Merab, Kajang, Selangor. Hasil daripada keputusan peperiksaan yang cemerlang, beliau telah ditawarkan mengikuti
program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat di Universiti Teknologi Mara pada Jun 2002.
Setelah menjawat jawatan pustakawan selama 1 tahun 10 bulan, beliau telah ditawarkan biasiswa tenaga pengajar muda
UiTM. Selamat maju jaya diucapkan, jasa serta sumbangan beliau terhadap pihak Perpustakaan Tuanku Bainun tidak akan
dilupakan dan akan dikenang sehingga akhir hayat.
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : muliati@upsi.edu.my
15