Page 1 - Buletin Disember 2009_2
P. 1

BIL.9/DISEMBER 2009                                  http://pustaka.upsi.edu.my        ISSN :1675-7394








































                               Pendaftar UPSI, Y. Bhg. Dato’ Rusley  Taib mengucapkan tahniah kepada ketua
                                                           kumpulan Oasis

                  erpustakaan  Tuanku  Bainun  telah  berjaya  menempa  kejayaan  tiga  tahun
              berturut-turut  dalam  Konvensyen  Kumpulan  Inovatif  dan  Kreatif  (KIK)  peringkat

               UPSI. Kemenangan kali ketiga telah berlangsung di Auditorium Utama, UPSI pada 5
          November  2009  yang  lalu  dan  sebanyak  lapan  buah  kumpulan  telah  mengambil
          bahagian. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Hijrah dari Jabatan Bendahari dan
          ketiga oleh Kumpulan Senggara dari Jabatan dan Pengurusan Harta Benda, manakala
          persembahan  terbaik  diraih  oleh  Kumpulan  Vios  dari  Jabatan  Hal  Ehwal  Pelajar  dan

          Alumni.  Projek  yang  dibentangkan  oleh  Kumpulan  Oasis  berjudul  “kelewatan
          memproses  buku  yang  dipulangkan  melalui  kotak  pemulangan  buku  manual
          (bookdrop)”.  Syabas  kepada  kumpulan  Oasis  dan  semua  kumpulan  lain  yang
          bertanding kerana menunjukkan kesungguhan yang mengkagumkan. Kepada kumpulan
          Oasis  dan  kumpulan-kumpulan  yang  akan  mewakili  UPSI  ke  peringkat  IPTA  kelak,
          teruskan kecemerlangan untuk meraih kejayaan yang lebih gemilang.


                                                                             Oleh : Mohd Razalli Ahmad Termizi
                                                                             Email : razalli@upsi.edu.my         1
   1   2   3   4   5   6