Page 10 - Buletin Disember 2009_2
P. 10

Warna merah menggambarkan diri anda yang  sukakan kebebasan, cabaran dan mahu menjana
                           kejayaan dalam hidup. Anda sukakan pembaharuan dan inginkan kemajuan dalam pemikiran
                           dan aktiviti. Anda juga mudah bersimpati dengan kesusahan orang lain namun anda memiliki
             MERAH         sikap  degil  atau  keras  hati  menerima  sesuatu  yang  anda  tidak  setuju.  Selain  itu,  anda  juga
                           optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat.


                           Warna kuning menggambarkan diri anda yang  berfikiran terbuka dan ceria, mempunyai daya
                           imaginasi  yang  baik  dan  bertanggungjawab  pada  keperluan  diri  dan  orang  lain.  Anda  juga
                           sensitif dan penyayang, ini menjadikan anda sedia membantu orang lain sekiranya perlu. Anda
              KUNING       juga pentingkan isu keselamatan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.


                           Sekiranya anda menyukai jingga, ia menggambarkan anda seorang yang bagus dalam hal kerja,
                           sukakan  idea  baru,  suka  bersama  teman-teman,  seorang  yang  setia,  bertenaga  dan  kreatif.
                           Walaubagaimanapun, anda juga beremosi dan kurang berkeyakinan apabila melalui tekanan.
              JINGGA


                           Sekiranya  anda  menyukai  hijau,  ia  menggambarkan  anda  seorang  yang  mementingkan
                           kesejahteraan dan suasana yang harmoni. Anda mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu
                           membina perhubungan dengan ramai orang. Anda mahukan dorongan dan sukakan penyokong
                           yang  dapat  memahami  anda  serta  menolak  anda  maju  ke  hadapan.  Institusi  keluarga  dan
                           mayarakat adalah sesuatu  yang anda suka untuk fikir dan bicarakan.
              HIJAU


                           Warna biru menggambarkan diri anda yang  mahu lebih terhubung dan mesra dalam sesuatu
                           ikatan  atau  perhubungan.  Anda  memerlukan  pengisian  yang  lebih  rapat  dan  hangat  bagi
                           menghidupkan  rasa  kasih  sayang  yang  ikhlas  ke  dalam  diri.  Anda  juga  peka  pada  perasaan
                           orang lain dan dapat menghayatinya. Anda senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina
                           kenalan baru namun terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah dengan lebih yakin. Anda
              BIRU         juga  bijak  menilai  serta  pandai  mentafsirkan  penilaian  anda.  Kedamaian  dan  keharmonian
                           hidup merupakan impian yang perlu anda terus cari dan nikmati.



                           Sekiranya anda menyukai indigo, ia menggambarkan anda seorang yang memilih untuk berfikir
                           dari  terlalu  banyak  berkata-kata.  Anda  memiliki  ciri  kepimpinan  yang  berpandangan  jauh,
                           menggunakan  kepekaan  dan  pemikiran  yang  seimbang  dalam  menilai  sesuatu.  Anda
                           mementingkan  keselamatan  dan  berhati-hati  dalam  tindakan.  Keunikan  anda  menjadi  daya
             INDIGO        penarik dan anda  kreatif  bagi menggayakannya melalui cara  yang tersendiri.  Semangat anda
                           juga  tinggi,  namun  anda  tidak  suka  menonjolkan  diri  secara  berlebihan.  Institusi  kerohanian
                           dan seni adalah sesuatu yang anda minat dan cenderung bagi menghayatinya.



                           Warna violet menggambarkan diri anda yang  memiliki kejernihan dan keaktifan minda yang
                           tinggi.  Daya  penilaian  anda  juga  tinggi  dan  berpandangan  jauh,  ini  menjadikan  anda  dapat
                           melihat  perkara  yang  orang  lain  belum  lihat.  Anda  sukakan  dan  mahukan  sokongan  serta
                           keceriaan  dalam  hidup,  namun  anda  terlalu  mengharapkannya  daripada  orang  di  sekeliling.
             VIOLET        Ada kalanya sikap orang lain mengecewakan anda kerana anda bercita rasa tinggi. Anda juga
                           kreatif  dan  seni,  kehalusan  jiwa  dan  minda  anda  menjadikan  anda  suka  pada  keindahan
                           kejadian alam dan muzik. Anda juga berani bertindak dan mempunyai daya kepimpinan yang
                           baik.


       Sumber :
       Mir Hazil Azran Ramli. Aura personaliti warna. Kuala Lumpur: PTS                                         10
             Millennia Sdn Bhd, 2008.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15