Page 12 - Buletin Disember 2009_2
P. 12

Ketika berada di SITC inilah, beliau telah menulis
          dua   buah   buku   tatabahasa   yang   menjadi
          pegangan  dan  kajian  para  pengkaji  bahasa
          sehingga  ke  hari  ini,  iaitu  buku  Pelita  Bahasa
          Melayu I & II (1926) dan Ilmu Mengarang Melayu
          (1934).  Selain  itu,  beliau  turut  mengarang  buku
          Rahsia  Ejaan  Jawi  pada  tahun  1929  dan  Daftar
          Ejaan Melayu: Rumi-Jawi (1938).


          Seterusnya  pada  tahun  1939,  Za’ba  dipindahkan
          ke Singapura dan berkhidmat di Jabatan Penyiaran
          sebagai  Juruhebah  Perang  di  Radio  Malaya
          Singapura.   Semasa   pendudukan    Jepun    di
          Singapura  Za’ba  kekal  berkhidmat  di  bahagian
          penyiaran sebagai Ketua Penerangan Berita Radio.
          Setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu, Za’ba
          kembali  bertugas  di  Kuala  Lumpur  sebagai
          penterjemah    bahasa    Melayu.    Kerja-kerja
          penterjemahan    ini   terus   dilaksanakannya
          sehinggalah  beliau  dilantik  sebagai  Penterjemah   Za’ba duduk berkot hitam bergambar di tepi rumah
          Kanan Bahasa Melayu pada tahun 1946.                   kediamannya di SITC, Tanjong Malim pada Ogos
                                                                 1929. Berdiri di belakang dari kiri; Yazid Ahmad,
          Pada  tahun  1953,  Za’ba  seterusnya  dilantik          Abdul Kudus Muhammad dan Ahmad Murad
          menjadi  Pensyarah  Bahasa  Melayu  di  School  of            Nasaruddin, pelatih penterjemah.
          Oriental and African Studies, Unversity of London.
          Pada  tahun  1956,  Za’ba  dianugerahi  gelaran
          Pendeta  oleh  Kongres  Bahasa  dan  Persuratan
          Melayu  III  di  Johor  Bahru.  Tiga  tahun  kemudian,
          iaitu  pada  tahun  1959,  Za’ba  dianugerahi  Ijazah
          Doktor  Kehormat  Kesusasteraan  Melayu  oleh
          Universiti  Malaya.  Pada  tahun  1962,  beliau
          dianugerahi  bintang  Panglima  Mangku  Negara
          (P.M.N.)  bergelar  Datuk  (kemudiannya  Tan  Sri)
          dan  pada  Jun  1973,  dianugerahi  pula  Ijazah
          Doktor Kehormat Persuratan Melayu oleh Universiti
          Kebangsaan  Malaysia.  Beliau  meninggal  dunia
          pada    23  Oktober  1973  setelah  menaburkan  jasa
          yang tidak ternilai kepada bangsa dan negara.









                                                                      Rumah Za’ba masih terpelihara di bawah
                                                                     seliaan Muzium Pendidikan Nasional, UPSI.






                                                               Antara koleksi Za’ba yang terdapat di
                                                                   Perpustakaan Tuanku Bainun








                                                                                 Oleh: Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
                                                                                 Email : shalaby@upsi.edu.my

                                                                                                                12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16