Page 15 - Buletin Disember 2009_2
P. 15

Seramai  empat  orang  kakitangan
         perpustakaan telah  menerima  anugerah
         perkhidmatan  cemerlang  pada  Majlis
         Penyampaian  Anugerah  Kualiti  yang
         telah diadakan pada 6 November 2009.
         Kakitangan  tersebut  ialah  Pn.  Rusliza
         bt.  Yaacob,  Pn.  Muliati  bt.  Abdul
         Samad, En. Mohd Hizam b. Samin dan
         Pn. Nor Haslina bt. Khalid.







                                                 Penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2008, bergambar bersama
                                                           Y. Bhg. Dato’ Rusley b. Taib, Pendaftar UPSI.






























           Nurfaizah bt. Kamarudin yang merupakan pustakawan di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan telah mula berkhidmat  di
           Perpustakaan Tuanku Bainun pada 2 Januari 2008. Peribadi beliau yang peramah serta mudah mesra menjadikan beliau
           disenangi rakan-rakan setugas. Nurfaizah atau lebih dikenali sebagai Faez telah dilahirkan pada 5 April 1984 di  Seremban,
           Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik. Pendidikan awal beliau bermula di
           Sekolah Rendah  Kebangsaan Abu Bakar Baginda, Bangi dan seterusnya berpindah ke Sekolah Rendah Dengkil, Selangor.
           Setelah tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), beliau telah menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Sungai
           Merab,  Kajang,  Selangor.  Hasil  daripada  keputusan  peperiksaan  yang  cemerlang,  beliau  telah  ditawarkan  mengikuti
           program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat di Universiti Teknologi Mara pada Jun 2002.

           Setelah menjawat jawatan pustakawan selama 1 tahun 10 bulan, beliau telah ditawarkan biasiswa tenaga pengajar muda
           UiTM. Selamat maju jaya diucapkan, jasa serta sumbangan beliau terhadap pihak Perpustakaan Tuanku Bainun tidak akan
           dilupakan dan akan dikenang sehingga akhir hayat.

           Oleh : Muliati Abdul Samad
           Email : muliati@upsi.edu.my

                                                                                                                15
   10   11   12   13   14   15   16