Page 9 - Buletin Disember 2009_2
P. 9

Peta  minda  merupakan  cara  atau  kaedah
        mengingat dan mencatat nota yang berke-
        san  kepada  sesiapa  yang  mengguna-
        kannya  atau  cara  yang  kreatif  dan  logikal       Tingkatkan  konsentrasi.  Pastikan  suasana
        untuk membuat nota dengan menyalurkan                 tenang,  hindarkan  sebarang  gangguan  yang
        idea-idea daripada minda.                             boleh  memberi  kesan  terhadap  penumpuan
                                                              belajar.
                                                              Baca  teks  keseluruhan,  terutama  tajuk
                                                              penting,  pendahuluan,  subtajuk,  kesimpulan,
                                                              soalan / latihan, gambar.
                                                              Rajah dan carta yang berkaitan. Baca dengan
                                                              kadar sederhana laju dan tandakan fakta-fakta
                                                              penting. Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk
                                                              yang  hendak  dimasukkan  ke  dalam  peta
                                                              minda.
                                                              Bina peta minda.





                Mula membuat peta minda pada bahagian tengah kertas.

                Bezakan  tajuk  utama  dan  tajuk  kecil  dengan  menggunakan  warna  yang  terang  dan
                berbeza supaya lebih menarik.

                Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah.
                Tuliskan  tajuk  utama  di  tengah-tengah  kertas  dan  lukis  gambar  untuk  mewakili  tajuk

                utama tersebut.
                Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya.

                Gunakan anak panah atau warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-

                cabang.
                Sambungkan  ranting  utama  ke  tajuk  yang  berada  di  tengah-tengah.  Kembangkannya

                dengan cara melebar ke tepi.

                Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut. Gunakan
                simbol yang bersesuaian. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.

                Tambahkan  ranting  utama  mengikut  fakta  yang  hendak  kita  masukkan  sebagai  fakta
                tambahan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan untuk  mengingat.


       Oleh : Noriha Muhammad (dirumus berdasarkan nota bengkel mind mapping)
       Email : noriha@upsi.edu.my

                                                                                                                 9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14