Page 5 - Buletin Disember 2009_2
P. 5

Unit  Sumber  Media  menawarkan  perkhidmatan
       rujukan  serta  pinjaman  pelbagai  bahan  koleksi
       sumber media yang terdiri daripada DVD, VCD,
       pita  video,  kaset,  disket,  kit  dan  bahan
       CD-ROM.  Sehingga  bulan  Disember  2009,
       koleksi  sumber  media  berjumlah  7,566  judul  /
       11,055  naskhah.  Bahan  ini  boleh  diperolehi
       menerusi kaunter   sumber   media yang terletak
       di  aras  4  Perpustakaan  Tuanku  Bainun  di  mana
       waktu perkhidmatan bermula pada jam 9.00 pagi
       hingga 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan
       kaunter ini ditutup pada waktu rehat.

       Untuk  kemudahan  pelanggan,  peralatan  yang
       lengkap  turut  disediakan  bagi  memudahkan
       rujukan  kepada  bahan-bahan  sumber  media.
       Pelanggan  juga  boleh  meminjam  dua  naskhah
       bahan sumber media untuk tempoh tiga hari.



       Unit Sumber Media bukan hanya menawarkan
       bahan sumber media berkaitan dengan program
       pengajian, malah untuk merehatkan minda dan
       mengurangkan tekanan dalam kalangan

       pelanggan, Unit Sumber Media turut menawarkan
       koleksi lagu-lagu dan filem-filem terbaik untuk
       ditonton. Di samping itu,

       unit ini turut menyediakan
       peralatan radio set dengan
       saluran yang boleh dipilih

       oleh pelanggan sendiri.









       Oleh : Muliati Abdul Samad
       Email : muliati@upsi.edu.my

                                                                                                                 5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10