Page 2 - Buletin Dis 2013_2
P. 2

info@pustaka                                     Dari Meja Ketua Pustakawan


                             Perpustakaan  sentiasa  mengutamakan  budaya  membaca  untuk  melahirkan  masyarakat
                             berilmu dan k-workers. Penekanan ini bermula dengan warga kampus terutamanya pelajar
                             dan  pensyarah  universiti.  Dalam  konteks  borderless world  peranan  perpustakaan  bukan
                             hanya  di  universiti  atau  institusi  malahan  secara  meluas  dan  holistik.  Peranan  penting
                             perpustakaan masa kini telah diiktiraf dunia dengan adanya Hari Buku Sedunia dan Interna-
                             tional Literacy Day.

             Ilmu pengetahuan yang dijana daripada koleksi bercetak dan sumber elektronik terutama buku dan jurnal
             elektronik sangat penting untuk rujukan, tambah nilai dan penyebaran atau perkongsian ilmu di antara
             pelanggan perpustakaan dengan masyarakat luar. Percambahan ilmu dan maklumat terjadi hasil daripada
             pembentangan  kertas  kerja  di  dalam  seminar  dan  persidangan,  penyelidikan,  penulisan  dan  penerbitan
             buku dan jurnal untuk menghasilkan ilmu baharu.

             Perpustakaan  juga  relevan  dengan  arus  perubahan  teknologi  dan  media  sosial  yang  semakin  digemari
             pelanggan.  Blog  dan  Facebook  perpustakaan  menjadi  medium  komunikasi  di  antara  perpustakaan  dan
             pelanggan dan untuk mendapat respon segera di alam maya. Transformasi perpustakaan dengan pelbagai
             sumber elektronik telah merancakkan lagi akses kepada ilmu dan maklumat secara maya dan tidak ber-
             gantung semata-mata kepada kunjungan fizikal pelanggan ke perpustakaan.
             Semoga  manfaat  membaca,  mendapat  dan  menyebarkan  ilmu  menjadi  rutin  seharian  para  pelanggan
             perpustakaan untuk menghadapi kehidupan dunia yang kian mencabar.



             Rusliza Yaacob


                                                             Dari Meja Ketua Pengarang

                             Penghujung tahun 2013 menampakkan beberapa perubahan besar dan ketara bagi koleksi,
                             perkhidmatan dan kemudahan serta sistem penyampaian perpustakaan. Koleksi rujukan
                             di Aras 1 perpustakaan telah dipindahkan daripada ruang tengah ke ruang tepi sebelah kiri
                             berhampiran bilik karel. Ruangan tengah telah menjadi lokasi reading area. Koleksi Novel
                             ditempatkan  di  Aras  4  dengan  konsep  yang  lebih  santai  dan  warna  warni.  Bilik  bacaan
                             24 jam pula menjadi lebih cantik dan kondusif untuk membaca dan berbincang.  Projek
                             perpindahan dan penambahbaikan besar-besaran ini telah dilaksanakan dengan gigih oleh
                             semua kakitangan yang menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi.

             Pembukaan Knowledge Cafe menjadi learning commons perpustakaan dengan adanya Teabrary, bilik perbin-
             cangan, ruang komputer dan ruang santai. Ruangan ini menarik lebih ramai pelanggan terutama pelajar
             universiti dan pelajar sekolah. Ini adalah di antara usaha perpustakaan untuk menyuburkan budaya mem-
             baca dan mencari ilmu.

             Buletin  kali  ini  memaparkan  artikel-artikel  menarik  untuk maklumat  tambahan  pelanggan  perpustakaan
             dan masyarakat luar. Program ilmuan sempena Pesta Buku UPSI 2013 dan Program Wacana Pemikiran
             Budayawan  Azah  Aziz  menjadi  penutup  tirai  tahun  2013  dengan  kenangan  indah.  Begitu  juga  pelbagai
             pameran yang diadakan di perpustakaan terutamanya Pameran Hari Buku Sedunia, Pameran Azah Aziz :
             Kartika di Langit Seni dan Pameran Bahasa Arab dan Kaligrafi.
             Perpustakaan akan terus menyemarakkan budaya membaca dan keilmuan di universiti. Selamat membaca!

             Sumaizan Ramli
         2
   1   2   3   4   5   6   7