Page 3 - Buletin Dis 2013_2
P. 3

Dari mukasurat 1
         Wacana dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPSI, Profesor Dr. Omar bin Abdull
         Kareem, manakala tokoh bahasa terkenal, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim telah menyampaikan ucap
         utama yang menyentuh tentang pemikiran Azah Aziz dalam puisi Melayu. Ahli-ahli panel yang membicarakan pemikiran
         budayawan ini termasuklah Dr. Siti Zainon Ismail, seorang pengkaji budaya Melayu,  Puan Salmiah Ismail dari Dewan
         Bahasa dan Pustaka, Puan Zubaidah Abdul Rahman, bekas wartawan dan editor Berita Harian dan Profesor Madya Datuk
         Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin dari UPSI.
                Sempena wacana ini,  satu pameran yang berjudul  Azah Aziz: Kartika di Langit  Seni  diadakan di  Aras 1,
         Perpustakaan  Tuanku Bainun.  Pewacanaan  daripada ahli-ahli panel  yang berwibawa,  banyak  menyumbang kepada
         kehadiran peserta yang  memberangsangkan,  terdiri  daripada  pelbagai  kelas peserta.  Majlis ujana ilmu sebegini patut
         dilipatgandakan dalam sebuah taman ilmu bergelar universiti.




























                         KIK Oasis menyertai Konvensyen KIK UPSI kali ke-8 2013


         Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Oasis telah mewakili Perpustakaan Tuanku Bainun dalam Konvensyen KIK UPSI kali
         ke-8 2013 yang berlangsung pada 12 Disember 2013 bertempat di Dewan Sri Tanjong, UPSI. Konvensyen ini dianjurkan
         oleh  Bahagian  Pembangunan  Akademik  dan  Kualiti  (BPAQ).  Oasis  membentangkan  projek  bertajuk  “Ketidakhadiran
         Pelajar Baharu Prasiswazah dalam Program Pendidikan Pengguna”.  Konvensyen ini juga telah disertai oleh 4 kumpulan
         yang lain. Semua kumpulan telah mengemukakan projek yang mengagumkan para juri. Konvensyen ini telah diungguli
         oleh Kumpulan Galaxy (Governan); Kedua, Brain Q (Bendahari) dan Ketiga, V-Tech (Jabatan Pembangunan & Pengurusan
         Harta Benda). Sempena konvensyen ini, BPAQ juga telah menganjurkan Pertandingan Poster Idea Kreatif dan Inovatif.
         Wakil Perpustakaan  Tuanku  Bainun,  Encik  Khairul Asyrani Sulaiman  bersama  Encik  Mohd.  Hizam  b. Samin dengan
         poster bertajuk I-Pustaka telah mendapat tempat kedua.
         3
   1   2   3   4   5   6   7   8